ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: INDONESIA CADANG NAIKKAN GAJI PEMBANTU RUMAH KEPADA RM1,200

Friday 29 May 2015

INDONESIA CADANG NAIKKAN GAJI PEMBANTU RUMAH KEPADA RM1,200

Indonesia cadang naikkan gaji pembantu rumah kepada RM1,200
KUALA LUMPUR - Indonesia telah menghantar kertas cadangan kepada Kementerian Sumber Manusia untuk penambahbaikan syarat kerja pembantu rumah dari negara itu di Malaysia, termasuk menaikkan gaji kepada RM1,200.

Timbalan Duta Besar Indonesia di Malaysia Hermono berkata, kenaikan gaji daripada RM800 kepada RM1,200 sebulan itu bagi menjadikan pekerjaan pembantu rumah di Malaysia lebih kompetitif.

"Jika dilihat gaji di negara lain, ia adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan gaji yang ditawarkan di Malaysia," katanya kepada Bernama di Kedutaan Besar Indonesia di sini hari ini.

Beliau berkata, kertas cadangan itu telah diserahkan kepada Malaysia sewaktu mesyuarat kumpulan kerja bersama antara Kementerian Susumber Manusia kedua-dua negara di Putrajaya pada 12 dan 13 Mei lepas.
BERNAMA 

No comments:

Post a Comment