ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MB KELANTAN SAMBUT BAIK RMK11

Thursday 21 May 2015

MB KELANTAN SAMBUT BAIK RMK11

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob menyambut baik Rancangan Malaysia Ke 11 (RMK11) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Katanya, RMK11 yang diumum kerajaan mampu mengelakkan Kelantan dari mengalami bencana banjir di samping berpeluang memajukan masa depan negeri itu.

"RMK11 ini banyak meliputi rancangan pembangunan terutama berkenaan lebuh raya, tebatan banjir serta lapangan terbang. 

"Ketiga-tiga perkara ini amat penting bagi negeri Kelantan, melihat masa depan kita untuk maju ke hadapan kerana ia merupakan pemangkin untuk memajukan Kelantan. Di samping itu, kita juga dapat mengelakkan banjir melalui empangan," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, katanya lagi, beliau yakin Kelantan akan seiring maju bersama negeri lain.

"RMK11 ini menampakkan bahawa satu perancangan yang baik untuk masa depan Kelantan, Insya-ALLAH sekiranya perkara ini berlaku secara berjadual, saya percaya bahawa Kelantan akan meningkat bersama-sama dengan negeri lain untuk mencapai negara maju 2020.

"Sekiranya tidak diberi peluang ini mungkin kerajaan susah untuk mengisytiharkan negara maju. Sebab bila kita kata negara maju, ia mesti meliputi semua negeri-negeri yang ada di negara ini," katanya lagi.
SH

No comments:

Post a Comment