ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KUBUR BESAR PELARIAN DISYAKI ADA KAITAN AKTIVITI PEMERDAGANGAN MANUSIA - ZAHID HAMIDI

Monday 25 May 2015

KUBUR BESAR PELARIAN DISYAKI ADA KAITAN AKTIVITI PEMERDAGANGAN MANUSIA - ZAHID HAMIDI

Kubur besar pelarian disyaki ada kaitan aktiviti pemerdagangan manusia - Zahid

PADANG BESAR: Penemuan kubur besar berdekatan 17 khemah dipercayai diguna untuk menempatkan pelarian di sini mungkin melibatkan aktiviti pemerdagangan manusia.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara telah pun berada di semua lokasi yang dikenal pasti untuk mengesan beberapa bahan bukti.

"Unit forensik PDRM (Polis Diraja Malaysia) sedang menggali kubur-kubur yang telah dikenal pasti dan akan melakukan beberapa ujian forensik.

"Ujian ini bukan sahaja untuk menentukan berapa mayat yang sudah ditanam, juga untuk mengenal pasti ia sama ada melibatkan warga Rohingya ataupun aktiviti pemerdagangan rakyat Bangladesh kerana penemuan kubur-kubur besar ini disyaki ada kaitan dengan aktiviti pemerdagangan manusia," jelas beliau dalam satu sidang media di Parlimen hari ini.

Beliau juga berkata Malaysia bekerjasama rapat dengan Thailand untuk berkongsi maklumat mengenai penemuan kubur ini.

"Kerjasama dengan Thailand ini adalah untuk mendapatkan maklumat jika terdapat orang tengah yang terlibat dalam aktiviti pemerdagangan ini.

"Perkongsian maklumat ini bukan semata-mata untuk keperluan undang-undang tapi juga atas dasar kemanusiaan," jelas Zahid.

18 Mei lalu, Khalid dilaporkan berkata, kira-kira 300 anggota pasukan komando VAT-69 telah diarahkan untuk menggeledah hutan tebal di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand bagi mengesan aktiviti pemerdagangan manusia.

Operasi itu dilancar selepas pihak berkuasa Thailand menemukan beberapa kubur besar pendatang asing di dua kem milik sindiket pemerdagangan manusia di sekitar Padang Besar, Songkhla, awal bulan ini.

Setakat ini, lebih 60 kubur besar pelarian ditemui di beberapa lokasi di wilayah Songkhla yang bersempadan dengan Malaysia.

No comments:

Post a Comment