ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: DAP CABAR PAS KELUAR PAKATAN

Saturday 23 May 2015

DAP CABAR PAS KELUAR PAKATAN


Drama tembak menembak DAP-PAS jalan terus. Lim Guan Eng nampaknya sudah hilang sabar dengan Datuk Seri Haji Hadi Awang yang mempersoalkan kabinet bayangan parti itu yang dikuasai satu kaum.
Mungkin geram sangat, Setiausaha Agung DAP itu bukan saja mempersenda Presiden PAS itu malah cabar PAS keluar Pakatan.
Haji Hadi semalam dilaporkan mendakwa kabinet bayangan DAP tidak realistik dan hanya mementingkan kumpulan tertentu saja.
Bercakap dalam sidang akhbar selepas satu majlis di Kuala Lumpur Guan Eng mendakwa Haji Hadi kini semakin berperangai macam pemimpin UMNO yang menyerang DAP guna sentimen perkauman.
Dakwanya Haji Hadi cakap merapu dan buat tuduhan tidak berasas.
Beliau bertanya apakah ini alasan untuk memenuhi hajatnya untuk mewujudkan kerajaan perpaduan dengan UMNO.
"Kalau dia hendak bersama UMNO silakan,"katanya.
Mengenai kabinet bayangan DAP,beliau mendakwa parti itu cuma memberi tugas kepada 37 Ahli Parlimennya jadi jurucakap isu dibawah porfilio kementerian berkaitan.
Kata Guan Eng Ahli Parlimen DAP adalah dari pelbagai kaum sebaliknya PAS cuma Melayu.
Ini bukanlah kali pertama mereka bergasak.
Baru-baru ini Guan Eng sudah kata jika Hadi menang balik Presiden PAS pada pemilihan Jun ini hubungan DAP-PAS tak akan pulih.
Beliau juga mendakwa Pakatan tidak dapat adakan kabinet bayangan kerana Hadi.
AgendaDaily

No comments:

Post a Comment