ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: POLIS TAHAN LELAKI TIKAM ADIK HINGGA MATI

Saturday 9 May 2015

POLIS TAHAN LELAKI TIKAM ADIK HINGGA MATI


SHAH ALAM: Polis menahan seorang lelaki berusia 39 tahun kerana didakwa menikam adiknya sehingga mati ketika berebut harta di Kamunting, Perak.

Dalam kejadian pada Selasa, adik suspek yang berusia 37 tahun, juga merupakan seorang pengendali mesin ditemui mati di Kampung Jawa dengan kesan tikaman di bahagian belakang kepala, lengan, paha dan telinga kanan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Assisten Komisioner, Azisman Alias berkata mangsa yang hanya memakai kain pelikat ditemui mati terbaring di lantai rumahnya di Jalan Kampung Jawa di sini pada sebelah petang.

Isteri mangsa, 39, turut tercedera semasa kejadian dan dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk menerima rawatan selanjutnya.

"Polis berjaya menahan suspek dan isterinya yang berusia 35 tahun di Kamunting kira-kira pukul 2 petang selepas mendapat maklumat daripada orang ramai, pada Sabtu.

"Mereka akan ditahan reman sehingga 15 Mei bagi membantu siasatan," kata Azisman sambil memberitahu bahawa siasatan kes tersebut dianggap telah selesai selepas tangkapan berjaya dilakukan.
Mstar

No comments:

Post a Comment