ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PKR KEKAL KERUSI PERMATANG PAUH

Thursday, 7 May 2015

PKR KEKAL KERUSI PERMATANG PAUH

PKR - 30,316 BN - 21,475 BEBAS - 367 PRM - 101 Majoriti: 8,841 Undi ditolak: 843
PERMATANG PAUH: Parti Keadilan Rakyat (PKR) berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Permatang Pauh apabila calonnya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menang dengan majoriti 8,841 undi. Wan Azizah berjaya mendapat 30,316 undi, manakala calon Barisan Nasional (BN) Suhaimi Sabudin memperoleh 21,475 undi, calon Bebas Salleh Isahak 367 undi, dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) Azman Shah Othman 101 undi. Jumlah undi rosak ialah 843.

Keputusan rasmi PRK itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK Permatang Pauh, Jusni Ismail pada jam 10.15 malam tadi di Dewan Perdana, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini.

Calon BN bagaimanapun tidak hadir ketika pengumuman itu dibuat.

Pada pilihan raya umum lepas, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga suami Dr Wan Azizah, menerima 37,090 undi menewaskan calon BN Dr Mazlan Ismail (25,369 undi) dan calon Bebas Dr Abdullah Wan Zawawi (201 undi).

1 comment:

  1. keretapi yang rosak bukan ditukar rel nya tapi tukar kepala gerabak sebelum merosakan rel dan gerabak yang lain.... minta tolong najib turun sebentar biar masalah selesai nanti naik balik jangan rosakan umno kami sayang umno

    ReplyDelete