Cubaan seorang gadis menyembunyikan kelahiran bayi ielakinya dengan meninggalkan bayi tersebut di belakang rumah menjerat diri sendiri apabila dia akhimya mengaku melakukan perbuatan itu selepas didesak bapanya di Taman Perumahan Datuk Rashid di Kuantan, kelmarin.
Dalam kejadian jam 12 tengah malam itu, bayi seberat lebih dua kilogram itu dilahirkan cukup sifat sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, untuk pemeriksaan lanjut.
Difahamkan, gadis berusia 20 tahun terbabit yang bersembunyi di dalam bilik selamat melahirkan bayi lelaki berkenaan tanpa pengetahuan ibunya yang ketika itu sedang tidur sebelum dia cuba menghapuskan bukti kelahiran.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, selepas melahirkan bayi lelaki itu, gadis terbabit meletakkannya di belakang rumah sebelum berpura-pura mengejutkan ibunya konon terdengar tangisan bayi.
No comments:
Post a Comment