ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PEMILIHAN PAS: SAYA AKAN CABAR HADI AWANG - AHMAD AWANG

Thursday 14 May 2015

PEMILIHAN PAS: SAYA AKAN CABAR HADI AWANG - AHMAD AWANG

Pemilihan PAS: Saya akan cabar Abdul Hadi - Ahmad Awang

KUALA LUMPUR: Bekas Naib Presiden PAS, Ahmad Awang mengesahkan akan bertanding dalam perebutan jawatan presiden parti itu pada pemilihan parti itu awal bulan depan.

Katanya, keputusan itu diambil selepas menerima pencalonan jawatan tertinggi parti dan berfikir panjang untuk menerimanya.

"Saya menerima pencalonan untuk jawatan presiden sahaja daripada beberapa jawatan lain termasuk pemeriksa kira-kira.


"Saya menyahut panggilan ini selepas berfikir panjang dan sahabat yang mendorong saya menerima jawatan ini, maka saya tidak mahu mengecewakan mereka," katanya semasa sidang media di ibu pejabat PAS di sini hari ini.

Ahmad Awang yang hadir sendiri menyerahkan borang penerimaan pencalonan jawatan itu pada pagi Khamis memberitahu, soal kalah atau menang itu terletak di tangan perwakilan.

Ahmad melayakkan diri untuk bertanding jawatan Presiden Pas selepas dicalonkan oleh PAS Kawasan Bukit Gelugur.

Dia juga disahkan mengalahkan Abdul Hadi dalam pemilihan kawasan Jelebu, Negeri Sembilan.

Ahmad mendapat 41 undi, Abdul Hadi 16 undi, manakala PAS kawasan itu sebulat suara mencalonkan Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS.

Pada 21 Mac lalu, Ahmad yang juga bekas pesuruhjaya PAS Perak mendapat pencalonan pertama sebagai presiden parti dari kawasan Parit Sulung, Johor.

Dalam perlembagaan parti, seseorang hanya memerlukan pencalonan minimum dua kawasan untuk bertanding jawatan tertinggi itu.

Jawatan Presiden PAS tidak pernah dipertandingkan sejak parti itu ditubuhkan pada 1951 dan ini merupakan kali pertama ia dicabar secara demokrasi.

Sebelum ini, Abdul Hadi dilaporkan mendapat pencalonan kesemua lapan PAS kawasan di Terengganu yang mengadakan mesyuarat agung kawasan masing-masing untuk terus kekal sebagai presiden.

Abdul Hadi sebelum ini turut memaklumkan memastikan rakyat selamat menerusi pelaksanaan hudud adalah lebih penting daripada memenangi pilihan raya.

Katanya, perjuangan parti itu bukan hanya berlandaskan politik, tetapi adalah untuk keselamatan rakyat sepanjang masa.

Dalam pada itu kata Ahmad Awang, keputusan mahu bertanding juga diambil untuk tidak mengecewakan ahli yang memberi kepercayaan kepadanya.

"Saya menerima pencalonan untuk jawatan presiden sahaja daripada beberapa jawatan lain termasuk pemeriksa kira-kira.

"Saya menyahut panggilan ini selepas berfikir panjang dan sahabat yang mendorong saya menerima jawatan ini, maka saya tidak mahu mengecewakan mereka," jelasnya.

Ujar Ahmad lagi, keputusan itu dibuat untuk mengukuhkan kerjasama politik Pas dengan Pakatan Rakyat yang seringkali dilihat berbalah antara satu sama lain.

"Saya berusaha menyatukan PAS semula lebih-lebih lagi dalam usaha menuju Putrajaya dan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14," katanya.

No comments:

Post a Comment