ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: HADI SINDIR GUANG ENG SOAL HATI

Tuesday 26 May 2015

HADI SINDIR GUANG ENG SOAL HATI

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam nada sinis menyindir Lim Guan Eng bahawa tiada siapa tahu isi hati seseorang, kecuali Tuhan.
"Dia tak tahu hati saya. Saya tak tahu hati dia. Mana kita tahu dalam hati orang. Kita tak tahu," katanya ketika ditemui pemberita di Lobi Parlimen pada Selasa.
Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Setiausaha Agung DAP itu yang menyifatkan hati Hadi kini bersama Umno, hanya jasadnya bersama Pakatan Rakyat.
Pada Isnin, Ketua Menteri Pulau Pinang itu mendakwa berkata sedemikian kerana Hadi bukan sahaja gagal menyertai kempen tetapi juga tidak menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh, 7 Mei lalu.
"Ini cukup jelas menunjukkan hanya tubuh yang tinggal bersama pembangkang tetapi hatinya bersama Umno.
"Jadi kenapa mahu susah, kalau ada keinginan, tinggalkan Pakatan Rakyat," kata Guan Eng.
Ditanya kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat, Hadi berkata, buat masa ini, parti Islam itu masih bersama sekutunya, DAP dan PKR.
"Sekarang masih bersama PR, saya duduk dikerusi yang sama. Mungkin akan datang saya tidak tahu, saya pun tidak tahu saya akan hidup atau tidak.
"Kalau ikut sejarah semuanya pernah, pernah bersendirian, pernah dalam kerajaan, keluar kerajaan biasanya peristiwa lama tidak akan berulang, konsep kita bersama masyarakat majmuk di Malaysia, tidak boleh bersendirian," katanya.
Bagaimanapun, Hadi berkata, beliau mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada Muktamar PAS yang akan diadakan pada 4 hingga 6 Jun ini.
Diminta mengulas cara terbaik untuk menyelesaikan kemelut tersebut, kata Hadi: "Tunggu dan lihat... tunggu bila tiba masanya." - mStar

No comments:

Post a Comment