ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: DUA JAWATAN TERTINGGI PAS PERLU ULAMA - MOHD AMAR

Sunday, 10 May 2015

DUA JAWATAN TERTINGGI PAS PERLU ULAMA - MOHD AMAR



KOTA BHARU: Dua jawatan tertinggi dalam PAS perlu dipimpin oleh ulama kata pemimpin kanan parti.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, hanya ulama sahaja yang harus memegang jawatan presiden dan timbalan presiden kerana mereka adalah platfom terbaik untuk melaksanakan perjuangan parti tersebut.

"Ini merupakan intipati PAS sebagai sebuah parti Islam, namun saya tidak mengatakan bahawa mereka yang bukan ulama tidak boleh bertanding untuk jawatan tertinggi," kata beliau dalam ucapannya ketika melancarkan Muktamar Pemuda PAS Negeri, di sini, Sabtu.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu pada Jumaat mengumumkan niat untuk mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti akan datang pada Jun.

Pada sidang akhbar, Mohd Amar berkata, akar umbi jelas mahu ulama menerajui parti berdasarkan jumlah pencalonan yang diterima oleh presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mempertahankan jawatannya dan Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk Timbalan bertanding jawatan itu.

Sementara itu, menjawab soalan lain, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata beliau kecewa dengan kritikan kerjasama Umno-PAS berkaitan undang-undang hudud.

"Kita perlu bantuan Umno dalam merialisasikan impian untuk melaksana dan menguatkuasakan undang-undang Hudud di Kelantan kerana Umno memegang kunci kepada Kerajaan Persekutuan.

"Tetapi ramai yang memutarbelitkan kerjasama ini pada permulaan penggabungan antara kedua-dua pihak. Mengapa tiada orang yang mempersoalkan kunjungan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng ke Putrajaya untuk bertemu Perdana Menteri? Boleh kita simpulkan bahawa DAP dan Umno dibolehkan untuk bekerjasama?," ujarnya.

Mohd Amar mengakui bahawa PAS akan kerugian jika Umno tidak menepati janji mereka untuk membantu Kelantan melaksanakan hudud.

"Ramai berkata bahawa Pas jatuh dalam perangkap Umno dan ini adalah risiko dan peluang yang PAS perlu ambil," ujarnya.

2 comments:

  1. Apa itu Ulama ?
    Apakah kapasiti Ulama yang benar disisi Allah (alQuran) ?
    Siapa Ulama yang benar dalam PAS ???

    ReplyDelete
  2. Ulama kot celah mana, kalau kalimah bacaan alQuran "alIslam" pun belum mengenal... sekadar takwilan saja kepada lisan Arab (alQuran)... "Salaamun, Salama, Salmi, Sullami, Istaslama... ???

    ReplyDelete