ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: BUDAK 8 TAHUN CUBA DISELUDUP KE SEPANYOL DALAM BEG PAKAIAN

Saturday 9 May 2015

BUDAK 8 TAHUN CUBA DISELUDUP KE SEPANYOL DALAM BEG PAKAIAN

Budak 8 tahun cuba diseludup ke Sepanyol dalam beg pakaian

SEPANYOL: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemui di dalam sebuah beg pakaian dalam satu cubaan untuk menyeludupnya ke Sepanyol dari Maghribi.

Kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai Abou itu dibawa oleh seorang gadis berusia 19 tahun ke Ceuta, Sepanyol, sebuah daerah di sebelah Maghribi, pada Khamis.

Menurut kenyataan, polis menahan gadis itu apabila dia kelihatan ragu-ragu ketika merentasi sempadan di Ceuta, laporBBC.

Polis berkata mereka pada mulanya mengesyaki beg itu mungkin mengandungi dadah, namun apabila beg pakaian suspek diperiksa, mereka menemui kanak-kanak itu dalam keadaan yang menyedihkan.

Laporan turut menyebut bahawa ini merupakan kali pertama mereka mengesan cara penyeludupan kanak-kanak sebegitu rupa.

Kanak-kanak itu kini berada di bawah jagaan pihak berkuasa sehingga sesi pendengaran di mahkamah.

Dalam perkembangan sama, seorang lelaki yang dikenali sebagai A.O - dipercayai ayah kepada kanak-kanak itu - diberkas beberapa jam selepas wanita itu ditahan. 

Difahamkan, kanak-kanak itu tidak mempunyai hak residensi di Sepanyol lantas mendorong pasangan tersebut untuk menyeludupnya secara haram.

Majistret Ceuta pada Jumaat akan mendakwa suspek atas tuduhan penyalahgunaan hak asasi manusia.
astroawani

No comments:

Post a Comment