ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: GADIS TUMPANG TIDUR DI RUMAH RAKAN DIPERKOSA PEROMPAK !!!

Sunday 31 May 2015

GADIS TUMPANG TIDUR DI RUMAH RAKAN DIPERKOSA PEROMPAK !!!

KEADAAN bilik yang digeledah perompak & TILAM lokasi mangsa diperkosa.
Seorang gadis berusia 20-an yang hanya menumpang bilik untuk tidur semalaman di kediaman rakan lelakinya di Batu Anam, di sini, menjadi mangsa rogol seorang daripada tiga perompak yang memecah masuk bangunan rumah kedai berkenaan, semalam.

Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, kejadian berlaku jam 3 pagi ketika mangsa berada di kediaman rakannya berusia 20-an.

Beliau berkata, ketika kejadian, bapa rakan lelakinya yang menjadi penjual barangan lusuh turut berada di kediaman berkenaan.

Menurutnya, ketiga-tiga mangsa berkenaan yang berada di tingkat atas diikat sebelum seorang daripada penjenayah berkenaan memaksa mangsa ke dalam bilik dan merogolnya.

Katanya, motif penjenayah bersenjatakan parang berkenaan adalah untuk melarikan pelbagai barangan lusuh yang terdapat di tingkat bawah bangunan terbabit, namun gagal berbuat demikian dan melarikan barangan kemas dan gajet milik penghuni kediaman berkenaan.

“Siasatan mendapati seorang daripada penjenayah bertindak merogol mangsa yang hanya menumpang di kediaman itu.

“Mangsa dirujuk ke Hospital Segamat (HS) untuk pemeriksaan. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 397/395 Kanun Keseksaan kerana merogol dan melakukan samun berkumpulan,” katanya yang menambah, kediaman berkenaan tidak dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV).

Sementara itu, penjual barangan lusuh berkenaan yang berusia 55 tahun berkata, dia yang tidur di sebuah bilik di tingkat atas bangunan yang menjadi stor penyimpanan barangan lusuh terjaga apabila mendengar bunyi kuat.

Menurutnya, dia yang meninjau di luar bilik terkejut melihat kelibat tiga lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang berada di luar bilik anak lelakinya dan bilik tetamu.

“Saya, anak dan rakannya diikat menggunakan wayar dan ketika itu seorang penjenayah mengawasi kami manakala dua lagi turun ke stor penyimpanan barangan lusuh.

“Tiba-tiba penjenayah berkenaan memaksa rakan anak saya memasuki bilik,” katanya.

Katanya, dia mendapati penjenayah itu cuba melarikan barangan lusuh termasuk besi buruk dengan berusaha mengalihkannya dengan menggunakan fork lift ke sebuah lori yang dibawa mereka.

Menurutnya, dia percaya hasrat mereka tidak tercapai apabila gagal mengendalikan kenderaan berkenaan lalu meninggalkan tempat tinggalnya itu.

Katanya, mereka sempat menggeledah kediaman mangsa sebelum melarikan enam telefon bimbit terpakai, rantai emas, cincin dan wang tunai berjumlah RM1,500.

“Kami kecewa dengan kejadian malang menimpa rakan anak,” katanya yang menambah fork lift berkenaan juga disimbah dengan cat merah oleh perompak itu dipercayai bagi menghilangkan cap jari.
– myMetro

No comments:

Post a Comment