ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MUKTAMAR PENENTU, PAS TIADA MASALAH BERSENDIRIAN

Tuesday, 26 May 2015

MUKTAMAR PENENTU, PAS TIADA MASALAH BERSENDIRIAN


Mohd Amar Nik Abdullah


KOTA BHARU - Muktamar Tahunan Pas ke-61 yang akan berlangsung di Kuala Selangor bulan depan akan menjadi medan penentu sama ada Pas akan berundur atau terus kekal dalam pakatan pembangkang.

Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pada umumnya: "Presiden (parti) boleh cadangkan, Majlis Syura (Ulama) boleh cadangkan (keluar daripada pakatan pembangkang) tetapi keputusan itu bergantung kepada muktamar ... kuasa itu kuasa muktamar. Itu adalah kaedah kami dalam organisasi."

Beliau bagaimanapun berkata, Pas Kelantan masih belum memutuskan untuk memberi sebarang cadangan keluar daripada pakatan pembangkang pada muktamar  berkenaan.

"Ini kami tengok dalam muktamar ... kami dengar ucapan dasar (Presiden parti) dan dari situlah (kami akan buat keputusan). Jadi mungkin negeri lain ada cadangan, itu saya tidak tahulah. Tapi bagi Kelantan perkara berkenaan belum dibincangkan lagi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Badan Perhubungan Pas Kelantan di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) di sini hari ini, ketika diminta mengulas mengenai beberapa serangan pimpinan DAP terhadap Pas kebelakangan ini terutama berkaitan isu hudud.

Mohd Amar yang juga anggota jawatankuasa Pas pusat mengulangi pendirian bahawa parti itu mampu untuk berjuang bersendirian walaupun tanpa sokongan DAP dan PKR dalam pakatan pembangkang.

Timbalan Menteri Besar Kelantan itu berkata, parti itu pernah melalui perjuangan secara solo selepas meninggalkan Barisan Nasional (BN) dan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) serta Barisan Alternatif (BA) dahulu.

"Kami sentiasa bersedia sebenarnya tapi kalau saya cakap, orang (kata macam) cakap sombong. Tapi macam saya sebut kami ada pengalaman bersendirian ... kami akan hadapilah sebab kami sudah ada pengalaman itu," katanya.

Bernama

2 comments:

  1. Aku malas komen apa2... cuma nak nanti tengok saja... kuk kik kuk kik...

    ReplyDelete
  2. TMB Kelate - Nik Amar adalah Group UG (Ulama)...

    ReplyDelete