ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PRK PERMATANG PAUH : PENGUNDIAN BERMULA, 25 PUSAT MENGUNDI DIBUKA

Thursday, 7 May 2015

PRK PERMATANG PAUH : PENGUNDIAN BERMULA, 25 PUSAT MENGUNDI DIBUKA

BUKIT MERTAJAM: Selepas 12 hari tempoh berkempen berakhir tengah malam Rabu, hari ini seramai 71,252 orang pengundi biasa dalam Parlimen Permatang Pauh akan menentukan wakil rakyat mereka yang baharu.
Kumpulan pengundi itu berpeluang membuat pilihan masing-masing di 130 saluran mengundi membabitkan 25 pusat mengundi yang akan dibuka mulai pukul 8 pagi hingga 5 petang pada Khamis.
Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Suhaimi Sabudin; Presiden  PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Azman Shah Othman (Parti Rakyat Malaysia) dan Salleh Isahak (Bebas).
Bagaimanapun hanya Suhaimi dan Dr Wan Azizah merupakan pengundi dalam Parlimen Permatang Pauh.
Suhaimi akan membuang undi di Sekolah Menengan Kebangsaan Guar Perahu sementara Dr Wan Azizah akan mengundi di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti.
Ahad lalu seramai 549 orang merangkumi 87.6 peratus daripada 627 pengundi awal selesai menjalankan tanggungjawab masing-masing.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai wakil rakyat setelah disabitkan kesalahan liwat dan sedang menjalani hukuman penjara lima tahun.

Kronologi Hari Pengundian PRK Parlimen Permatang Pauh

BERIKUT perkembangan terkini hari mengundi Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh pada Khamis.
8.40 pagi: Dr Wan Azizah selesai mengundi.
8.32 pagi: Calon PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di SK Penanti untuk membuang undi.
8.15: Calon tertua di Parlimen Permatang Pauh, Othman Daud,103, (gambar atas) selesai mengundi SK Seri Penanti.
8.10 pagi: Calon BN, Suhaimi Sabudin selesai mengundi.


Embedded image permalink
8.05 pagi: Calon BN, Suhaimi Sabudin memasuki perkarangan SMK Guar Perahu pada 8:05pagi untuk membuang undi.
8.05 pagi: Sambutan menggalakkan, orang ramai tiba awal untuk tunaikan tanggungjawab.
8.00 pagi: Semua 25 pusat mengundi dibuka membabitkan 130 saluran.
7.30 pagi: Pengundi dilihat mula menunggu di luar pusat mengundi di SK Seri Penanti.
7.00 pagi: Penyokong parti mula berkumpul di pusat-pusat mengundi seperti SK Seri Penanti, SMK Permatang Tok Kandu, SMK Guar Perahu dan beberapa lokasi lain.

No comments:

Post a Comment