ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: GURU WANITA PARAH KEMALANGAN KERETA DALAM PERJALANAN KE SEKOLAH

Sunday 8 February 2015

GURU WANITA PARAH KEMALANGAN KERETA DALAM PERJALANAN KE SEKOLAH


Kuala Krai: Seorang guru wanita berusia 36 tahun parah selepas kereta dipandunya merempuh lori dan bertembung dengan kereta lain di Kilometer 89 Jalan Kota Bharu-Gua Musang, dekat Kuala Krai, 7.40 pagi tadi.

Guru terbabit Suzita Yunus kemudian dikejarkan ke Hospital Kuala Krai untuk rawatan.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Che Razak Harun berkata, dalam kejadian itu kereta jenis Perodua Viva dipandu Suzita dikatakan hilang kawalan sebelum merempuh lori.

Akibat rempuhan itu keretanya terbabas di laluan bertentangan dan bertembung kereta jenis Perodua Alza yang dinaiki dua lelaki, mengakibat kereta itu memasuki longkang sebelum terbakar.

Bagaimanapun, Che Razak berkata, dua lelaki itu terselamat kerana sempat keluar daripada kenderaan dan hanya mengalami kecederaan ringan.

Katanya, guru terbabit dalam perjalanan dari Kuala Krai menghala ke Sekolah Kebangsaan (SK) Lela Jasa di Laloh, Kuala Krai.
hmetro



No comments:

Post a Comment