ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: GEMPAR !!! ANWAR MINTA SAYA BERI KENYATAAN PALSU - JUDE

Saturday 21 February 2015

GEMPAR !!! ANWAR MINTA SAYA BERI KENYATAAN PALSU - JUDE


te_02_big

Sumber asal teks: Malaysia Today
Artikel ini ditulis tanpa prejudis dan untuk kepentingan rakyat dan Kerajaan Malaysia
Oleh Raggie Jessy
Bahagian pertama artikel ini berkaitan dengan perkara pokok, di mana ia mendedahkan kemungkinan konspirasi berkaitan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, Pengerusi MyWatch, Sri Sanjeevan Ramakrishnan dan Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
1. Bagaimana Anwar Mempertikai Kredibiliti Jude Pereira.
Pasukan pendakwaraya perlu menanggung beban pembuktian apabila tuduhan liwat dikenakan terhadap Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Anwar sekali lagi mendapat perhatian untuk maksud yang salah apabila Mohd. Saiful Bukhari bertemu Dr. Mohamed Osman Abdul Hamid di Hospital Pusrawi pada 28 Jun 2008, mengadu kepada Dr. Osman yang dirinya mengalami sakit di bahagian perut dan dubur.
Di dalam testimoninya pada 4 February 2010, Saiful telah menyatakan bahawa Dr. Mohamed Osman menghentikan pemeriksaan dengan segera apabila Saiful sendiri mendedahkan bahawa dirinya telah diliwat.
Saiful menjelaskan bahawa Dr. Mohamed Osman telah memaklumkan bahawa hospital itu tidak mempunyai keupayaan untuk melakukan pemeriksaan foreksik yang bersesuaian dengan kes tersebut. Tambahannya lagi, laporan daripada hospital swasta tidak akan menjadi satu keterangan yang kukuh di dalam mahkamah undang-undang.
Atas penjelasan dan nasihat Dr. Mohamed Osman, Saiful seterusnya ke Hospital Kuala Lumpur di mana beliau telah bertemu dengan Dr. Daniel. Saiful secara berterus terang menyatakan tujuannya ke hospital tersebut. Seperti yang diperkatakan oleh Saiful sendiri, “Saya memberitahu secara terus terang bahawa saya hendak mendapatkan pemeriksaan perubatan kerana saya telah diliwat oleh Dato’ Anwar Ibrahim. Dia kelihatan terkejut dan menulis nota untuk saya dirujuk ke wad kecemasan.”
Semasa pemeriksaan perubatan, Saiful menyedari kehadiran Timbalan Superintendent Polis, Jude Pereira. Jude, yang merupakan pegawai penyiasat bagi kes Saiful telah diberikan satu beg plastik yang mengandungi sampel sapuan dari dubur Saiful.
Pasukan peguambela Anwar Ibrahim telah cuba untuk menyingkirkan bukti sampel ini. Kejadian yang pada mana menghasilkan keputusan ujian DNA ini telah menjadi subjek pertikaian oleh mereka sejak tahun 2010. Dalam usaha untuk mencemarkan kredibiliti Jude sebagai saksi utama di dalam kes ini, Pasukan peguambela Anwar Ibrahim juga pernah merujuk keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak Jude untuk dimasukkan ke dalam Badan Peguam Malaysia.
Saya harus menyatakan bahawa saya mendapati pendirian yang dikemukakan oleh pihak peguambela tidak mempunyai kaitan, walaupun artikel ini tidak mengandungi pandangan peribadi saya. Dengan itu, pengendalian Jude terhadap sampel tersebut menjadi asas kepada usaha untuk mengheret bekas DSP tersebut ke dalam kandang saksi.
Sejak tuduhan liwat ini dikenakan terhadap Anwar Ibrahim, beliau kekal konsisten dengan tuduhan konspirasi terhadap Kerajaan Malaysia untuk memenjarakan beliau. Malah, Ketua Pendakwaraya Tan Sri Mohd. Shafee Abdullah menyatkan bahawa “Anwar sekali lagi membuat pertuduhan yang konspirasi yang sama yang telah dibuat olehnya terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.”
Adalah menarik untuk diperhatikan bagaimana kaedah Anwar telah memilih Jude dari kalangan anggota polis yang terlibat dengan siasatan kes liwat beliau dan mendakwa Jude telah berpakat dengan Kerajaan Malaysia untuk menjatuhkan karier politik dirinya.

No comments:

Post a Comment