ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: ISTERI ANGGOTA POLIS MAUT DIKELAR

Wednesday, 11 February 2015

ISTERI ANGGOTA POLIS MAUT DIKELAR


Tanjung Rambutan: Isteri seorang anggota polis ditemui mati dipercayai akibat dibunuh dengan dikelar leher dalam kejadian samun dan bunuh di Taman Tanjung Emas di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, mangsa berusia 50 tahun yang juga isteri kepada seorang sarjan polis yang berkhidmat sebagai peronda lebuh raya, ditemui tertiarap dalam bilik tidur di kediamannya.

Mangsa ditemui oleh anak lelakinya sendiri yang dikatakan baru pulang daripada berniaga.

Memurut jiran mangsa, pada kira-kira 3 pagi dia mendengar jeritan anak mangsa dan kemudian keluar memeriksa sebelum anak mangsa meminta bantuan untuk menghubungi pihak berkuasa.

"Ketika ditanya, anak mangsa yang menangis hanya meminta saya memeriksa ibunya di dalam bilik dan saya terkejut apabila mendapati mangsa dalam keadaan tertiarap serta berdarah.

"Saya kemudian terus menghubungi 999 untuk memaklumkan kejadian dan meminta bantuan kerana tidak tahu sama ada mangsa masih bernyawa atau tidak," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sementara itu, sumber polis berkata, tiga suspek termasuk remaja berusia 16 dan 19 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong dijangka akan mengadakan sidang media mengenai kejadian pada 9 pagi ini.
hmetro

No comments:

Post a Comment