ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PRK DUN CHEMPAKA : PAS SEDIA PERTAHAN KERUSI DUN

Monday 16 February 2015

PRK DUN CHEMPAKA : PAS SEDIA PERTAHAN KERUSI DUN

mat sabu ceramah

PAS bersedia mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, sama ada melalui Pilihan Raya Kecil (PRK) atau sebaliknya, demikian menurut Timbalan Presiden, Mohamad Sabu.

“PAS bersedia dalam apa saja keadaan sama ada akan ada PRK Chempaka nanti menentang calon dari BN ataupun calon Bebas ataupun menang tanpa bertanding.

“Persoalan mungkin BN tidak meletakkan calon, dulu pun pernah berlaku di Penanti (Pulau Pinang),” katanya yang dipetik Harakhdaily.

Berkata dalam sidang media selepas majlis Taklimat Tertutup antara barisan Jawatan Kuasa Harian PAS Pusat, di sini, Mohamad atau Mat Sabu selain itu memaklumkan Perhubungan PAS Kelantan dan Pusat masih belum bermesyuarat mengenai calon pengganti kerusi berkenaan.

Sebelum ini, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed mencadangkan agar BN tidak perlu meletakkan calon bagi PRK di kerusi berkenaan, sebaliknya perlu memberi tumpuan kepada kerja-kerja pasca banjir.

Malah, pendapat tersebut turut disokong Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Kerusi DUN Chempaka kosong berikutan kematian penyandangnya, Almarhum Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat, pada Khamis lalu.

No comments:

Post a Comment