ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: RAKAMAN JATUHKAN PRESIDEN PAS : MAT SABU HANYA JAWAP KEPADA JAWATANKUASA SIASATAN

Thursday 26 February 2015

RAKAMAN JATUHKAN PRESIDEN PAS : MAT SABU HANYA JAWAP KEPADA JAWATANKUASA SIASATAN

PETALING JAYA: Selepas beberapa hari menjadi buruan media, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu akhirnya membuka mulut mengenai dakwaan beliau cuba menjatuhkan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Mohamad yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu berkata, beliau akan hanya memberikan kenyataan kepada Jawatankuasa Khas (Siasatan) PAS yang dipengerusikan oleh Hadi sekiranya dipanggil untuk berbuat demikian.
"Saya hanya akan berikan kenyataan kepada Jawantakuasa Khas (Siasatan) yang dipengerusikan oleh presiden mengenai segala tuduhan kepada saya, kerana ia merupakan masalah dalaman parti," katanya dalam kenyataan ringkas yang dikeluarkan pada Khamis.
Mengenai kedudukannya sebagai pemimpin nombor dua PAS, Mat Sabu berkata, beliau menyerahkan keputusan tersebut kepada kebijaksanaan perwakilan dalam muktamar yang akan berlangsung Jun nanti.
Beliau turut menambah akan mengambil tindakan terhadap beberapa media arus perdana dan ia akan diuruskan oleh peguam, Hanipa Maidin.
Isnin lalu, rakaman suara yang didakwa sebagai individu mirip suara Mat Sabu memberi taklimat untuk menggulingkan presiden PAS tersebar di laman sosial, Facebook.
Pendedahan rakaman itu dibuat di laman, Tuc Tok Usin Ceroi (Pemburu Jebon) pada petang Isnin dan terus menjadi tumpuan ramai. [LIHAT VIDEO]



Menerusi pendedahan itu, rakaman suara berkenaan adalah taklimat yang disampaikan Mat Sabu untuk memburuk dan menjatuhkan Hadi.
Rakaman suara berdurasi 2 minit 10 saat itu, Mat Sabu didakwa berkata," Dalam dua tiga hari ini, saya cuba buat 'counter attack' (serangan balas) dalam bentuk bertemu individu. 
"Semalam saya ke Tanjung Karang bertemu dengan YDP Sungai Besar, bertemu dengan YDP dan jawatankuasanya...dua tiga orang.
"Secara umumnya presiden dianggap ulama hebat dan maksum...perlu denied (dinafikan)."
Selain suara yang didakwa sebagai Mat Sabu, terdapat suara lelaki yang menyoal balas dan ia dikatakan berakhir sebelum tamat taklimat itu.
Laman Tuc Tok Usin Ceroi didakwa dikendalikan oleh ahli PAS dan aktif mendedahkan usaha Mat Sabu untuk menjatuhkan Hadi sebagai ulama dalam parti itu. - mStar

No comments:

Post a Comment