ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: HADI & GUANG ENG HADIR MESYUARAT MAJLIS PIMPINAN PR

Sunday 8 February 2015

HADI & GUANG ENG HADIR MESYUARAT MAJLIS PIMPINAN PR


Pertelagahan antara pemimpin DAP dan Pas hari ini semakin reda apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang boleh duduk semeja dalam mesyuarat Majlis Pimpinan PR yang berlangsung kira-kira jam 2 petang tadi.

Walaupun Guan Eng sebelum ini banyak kali mengingatkan supaya Abdul Hadi hadir pada mesyuarat itu, namun hari ini terjawab apabila kedua-dua pemimpin boleh berlapang dada.

Mesyuarat Majlis Pimpinan PR itu dijadualkan bermula jam 2.30 petang tadi di Pejabat Agung Pas, di sini, hari ini.

Terdahulu, Pas mengadakan mesyuarat pimpinannya pada sebelah paginya di tempat yang sama.

Antara isu yang dijangka akan hangat dibincangkan ialah pelaksanaan hudud di Kelantan oleh Pas dan pilihan raya pihak berkuasa tempatan di Pulau Pinang oleh DAP.




No comments:

Post a Comment