ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KES LIWAT II : ADAKAH ANWAR AKAN MOHON PENGAMPUNAN DIRAJA ???

Thursday 12 February 2015

KES LIWAT II : ADAKAH ANWAR AKAN MOHON PENGAMPUNAN DIRAJA ???


Dalam tempoh 14 hari dari tarikh mahkamah jatuh hukum salah meliwat Saiful Bukhari Azlan atau lebih tepat lagi sehingga 24 Februari ini... Datuk Seri Anwar masih Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Pembangkang.
Bagaimanapun, selepas itu selaras dengan perenggan (a) Fasal (4) Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan kedudukannya sebagai MP dan Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat akan terlucut.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata beliau mengambil maklum akan penghakiman Mahkamah Persekutuan pada 10 Feb 2015 yang mengekalkan hukuman pemenjaraan selama lima tahun sebagaimana yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan terhadap Anwar atas kesalahan jenayah meliwat di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.
"Merujuk kepada penghakiman tersebut, kehilangan kelayakan YB Permatang Pauh sebagai ahli Parlimen hendaklah dibuat selaras dengan Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam kenyataan Khamis.
Namun, katanya sekiranya Anwar memfailkan petisyen bagi suatu pengampunan dalam tempoh 14 hari dari tarikh penghakiman Mahkamah Persekutuan, kehilangan kelayakan berkenaan hanya akan mula berkuat kuasa sebaik petisyen itu diputuskan sebagaimana diperuntukkan di bawah perenggan (c) Fasal (4) Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan.
Justeru, Pandikar Amin berkata beliau hanya boleh mengemukakan pemberitahuan mengenai kekosongan kerusi parlimen itu sebaik sahaja kehilangan kelayakan Anwar sebagai Anggota Parlimen mula berkuat kuasa mengikut Fasal (4) Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan.

Ini bermakna jika Anwar mohon pengampunan Diraja beliau akan kekal Ahli Parlimen sehingga permohonan itu diterima atrau ditolak diputuskan.

Persoalannya sekarang apakah Anwar akan minta pengampunan diraja terhadap keputusan beliau bersalah meliwat Saiful.
Sumber dalaman PKR mendakwa dia tidak fikir Anwar tidak akan berbuat demikian.

Katanya ini kerana permohonan pengampunan dengan sendirinya macam sudah mengaku benar meliwat.

"Masa sabitan Anwar Ibrahim liwat pertama ada usaha untuk persembahkan rayuan ampun kepada Yang Dipertuan Agong oleh kelompok tertentu tetapi ditolak oleh Anwar...",katanya.
Mahkamah Persekutuan pada Selasa memutuskan Anwar gagal dalam rayuan terakhirnya terhadap sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan mengekalkan hukuman penjara lima tahun.
Keputusan itu disampaikan Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria yang mengetuai lima anggota panel hakim.
Ketua Pembangkang itu kini ditahan di Penjara Sungai Buloh, Selangor.
Credit : AgendaDaily

No comments:

Post a Comment