ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: SAYA AKAN TERUS BERI PENERANGAN - SHAFEE

Monday 23 February 2015

SAYA AKAN TERUS BERI PENERANGAN - SHAFEE


SHAH ALAM – Peguam kanan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, beliau akan terus memberi penerangan mengenai kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Muhammad Shafee, yang juga Ketua Pendakwa Raya dalam kes liwat Anwar berkata, beliau akan menyertai mana-mana sesi penerangan bagi menangkis tanggapan salah berkenaan kes itu.

“Saya tiada masalah nak teruskan dan balas hujah kerana rakyat berhak tahu kebenaran. Penjelasan ini bukan kerana kita marah (kepada) Anwar, tetapi kes beliau cuba diputarbelitkan.

“Saya nak perbetulkan sesetengah pihak seperti Majlis Peguam dan ahli politik yang mereka-reka cerita dan menghina mahkamah. Selagi ia berterusan, saya akan terus bercakap dan cerita yang benar,” katanya, semalam.

Malam kelmarin, kekecohan tercetus di luar dewan Politeknik Seberang Perai, Permatang Pauh, di mana beliau memberi penerangan mengenai kes itu melalui program Jelajah Liwat II.
SH

No comments:

Post a Comment