ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: DS AHMAD SHABERY SARANKAN SYARIKAT TELEKOMUNIKASI TAWAR PAKEJ JALUR LEBAR PADA HARGA LEBIH RENDAH

Friday 13 February 2015

DS AHMAD SHABERY SARANKAN SYARIKAT TELEKOMUNIKASI TAWAR PAKEJ JALUR LEBAR PADA HARGA LEBIH RENDAH

Hasil carian imej untuk shabery cheek terkini

PUTRAJAYA: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyarankan syarikat telekomunikasi menawarkan pakej jalur lebar pada harga yang lebih rendah agar lebih ramai boleh menikmati perkhidmatan tersebut.

Beliau berkata, kos pengendalian telekomunikasi telah menurun berikutan syarikat seperti Telekom Malaysia dan Time Dotcom menjual gentian optik secara borong kepada syarikat telekomunikasi dengan harga yang lebih rendah.

"Sehubungan itu, kita minta syarikat telekomunikasi melihat aspek ini untuk menurunkan harga pasaran perkhidmatan jalur lebar.

"Ini hanya satu seruan, bukan arahan. Saya berharap semua pihak menyambut baik (cadangan ini)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran AirTimeShare di sini hari ini.

Ahmad Shabery berkata, perkhidmatan jalur lebar telah menjadi satu daripada komponen penting dalam kehidupan seharian, maka, ia harus ditawarkan dengan harga yang 'berpatutan.'

"Tidak dapat dinafikan bahawa kos telekomunikasi semakin murah setiap tahun tetapi bagi saya, ia boleh dimurahkan lagi kerana penggunaannya bukan hanya setakat untuk memeriksa email tetapi dari semua segi.

"Dengan ini, kos komunikasi termasuk jalur lebar merupakan satu daripada komponen penting dalam kos sara hidup seharian. Maka, ia perlu diturunkan dan berpatutan di kalangan rakyat," katanya.

Terdahulu, Ahmad Shabery melancarkan 'ShareShare' App, iaitu aplikasi pemindahan tempoh sah kredit untuk tambah nilai yang pantas bagi pelanggan mudah alih.

Produk dinaik taraf oleh IDOTTV Sdn Bhd membolehkan pengguna memohon atau menghantar kredit kepada rakan dan keluarga walaupun pengguna mempunyai kredit sifar.

Perkhidmatan ini kini boleh didapati untuk pengguna Celcom dan Maxis, dengan dua syarikat telekomunikasi yang lain bersetuju untuk turut melancarkan perkhidmatan itu menjelang pertengahan tahun ini.
 BERNAMA

No comments:

Post a Comment