ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: TARIK BALIK KENYATAAN ; ISYARAT KEPADA PRESIDEN MAJLIS PEGUAM

Sunday, 22 February 2015

TARIK BALIK KENYATAAN ; ISYARAT KEPADA PRESIDEN MAJLIS PEGUAM

Tarikh balik kenyataan: Isyarat kepada Presiden Majlis Peguam

KUALA LUMPUR: Gesaan lebih 100 peguam supaya presiden Majlis Peguam Christopher Leong menarik balik kenyataan berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, memberi isyarat agar Leong tidak sewenangnya membuat kenyataan.

Mengulas gesaan itu, Pengerusi SukaGuam Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata Majlis Peguam perlu bertindak tanpa rasa takut atau pilih kasih dan tidak menunjukkan kecenderungan melulu menyokong sesuatu pihak dalam perbicaraan.

"Jika pimpinan Bar Council (Majlis Peguam) masih ingin menguji kesabaran majoriti peguam, nantikan kebangkitan peguam seluruh negara.

"Mereka kini sudah hilang sabar dengan kerenah pimpinan majlis itu yang sudah semakin jauh tersasar dari fungsi sebenar penubuhan badan itu," kata Khairul Anwar yang juga Ketua Sekretariat Perundangan Umno.

Dalam satu kenyataan di sini Sabtu, beliau berkata satu siri jelajah bertemu dengan para peguam serta lulusan undang-undang dari seluruh negara akan diadakan bagi mendapatkan maklum balas terutama mengenai cadangan membentuk sebuah lagi badan guaman seperti diamalkan di negara-negara lain.

Khairul Anwar meminta peguam yang ingin menyatakan sokongan terhadap tindakan berkenaan menghubungi sekretariat SukaGuam melalui emel sukaguam@gmail.com.

Sementara itu, seorang peguam, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman, berkata Leong perlu mengemukakan permohonan maaf yang jelas dan tanpa syarat kepada badan kehakiman.

Kumpulan itu pada Sabtu turut menggesa Leong meletak jawatan jika beliau enggan menarik balik kenyataannya.

Pada 10 Feb, Anwar gagal dalam rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun.

Anwar kini menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh.

No comments:

Post a Comment