ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: BN MUNGKIN TIDAK PERLU LETAK CALON PRK CHEMPAKA – MUSTAPA

Saturday 14 February 2015

BN MUNGKIN TIDAK PERLU LETAK CALON PRK CHEMPAKA – MUSTAPA


Hasil carian imej untuk Datuk Seri Mustapa Mohamed

KOTA BHARU: BN tidak perlu letak calon untuk Pilihan Raya Kecil N06 Chempaka, sebaliknya tumpuan perlu diberikan kepada kerja-kerja pasca banjir, demikian pandangan Datuk Seri Mustapa Mohamed.
“Bagi saya secara peribadi, merasakan mungkin tidak perlu BN letak calon kerana kita hendak tumpukan kepada kerja-kerja pemulihan banjir,” jelasnya.
Mustapa, Pengerusi Barisan Nasional Negeri Kelantan memberitahu satu sidang media di sini, bahawa buat masa ini masih terlalu banyak kerja-kerja pemulihan banjir yang perlu diberi perhatian.
Sebaliknya, Mustapa merasakan suasana pilihan raya kecil akan menjejaskan usaha-usaha pemulihan banjir.
“Elok kita tumpukan juga perhatian kepada usaha-usaha merapatkan lagi hubungan, jadi kalau ada pilihan raya akan ada pergeseran, ada perbalahan, itulah keadaannya,” tegas Mustapa.
Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa isu penyertaan BN dalam PRK Chempaka belum dibincangkan di mana-mana peringkat dalam bahagian ataupun perhubungan.
“Saya belum bincang dengan UMNO Bahagian Pengkalan Chepa dan Perhubungan,
“Apabila saya sudah berbincang, saya perlu kemukakan perakuan saya kepada Pengerusi Barisan Nasional,” jelas Mustapa lagi.
Bernama

No comments:

Post a Comment