ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: HUDUD : KENAPA PERLU IKUT KATA DAP ???

Sunday 22 February 2015

HUDUD : KENAPA PERLU IKUT KATA DAP ???

Hudud: Kenapa perlu ikut kata DAP? - Dewan Ulama PAS

SERDANG: Dewan Ulama PAS Pusat tetap dengan pendirian mereka untuk melaksanakan hukum hudud, meskipun ianya ditentang oleh sekutu mereka DAP.

Menurut Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama Datuk Dr Mahfodz Mohamed, pelaksanaan itu perlu kerana ianya merupakan arahan daripada Allah SWT.

Beliau mempersoalkan kenapa PAS harus mendengar kata-kata DAP kerana jelas sekali dasar mereka hanyalah untuk menawan Putrajaya, sedangkan dasar PAS adalah untuk menegakkan hukum Islam.

"Kita memang mahu menang tetapi bukan sekadar menang... ulama tidak terima apa alasan kerana kita perlu tegakkan arahan Allah SWT‎," kata Mahfodz dalam ucapan penggulungannya di Multaqa Ulama SeMalaysia kali ke-2 di Stadium Tertutup MPSJ Serdang Jaya pada Sabtu.

Terdahulu, dalam laporan Sin Chew Daily, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata Kelantan akan membentangkan rang undang-undang enakmen jenayah syariah II atau hudud, 18 Mac nanti iaitu tarikh sama berlangsungnya pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka.

Mengulas lanjut tentang pelaksanaan hudud, Mahfodz menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa PAS 'ter‎lalu gesa-gesa' untuk melaksanakan hukum tersebut.

Jelas beliau, dakwaan tersebut tidak benar kerana rang undang-undang tersebut telah diluluskan DUN Kelantan sejak 1993, selain memperjuangkan hukum itu lebih dari 23 tahun.

No comments:

Post a Comment