ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: JIKA BENAR SANJUNG TGNA, SERAH ROYALTI KEPADA KELANTAN - PAS

Tuesday 17 February 2015

JIKA BENAR SANJUNG TGNA, SERAH ROYALTI KEPADA KELANTAN - PAS

Jika benar sanjung TGNA, serah royalti kepada Kelantan - PASPAS menggesa kerajaan Persekutuan agar menyerahkan royalti petroleum kepada kerajaan Kelantan jika ikhlas simpati dan menyanjungi Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ketua Penerangan Datuk Mahfuz Omar berkata, menuntut royalti petroleum agar dikembalikan kepada rakyat Kelantan menerusi kerajaan negeri merupakan antara perjuangan Nik Abdul Aziz ketika masih hidup.

Perkara itu ditunjukkan Nik Abdul Aziz apabila hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 30 Ogos 2010 untuk memfailkan saman kerajaan negeri terhadap Petronas.

"Alangkah lebih baik sekiranya PM Datuk Seri Najib menunaikan hak yang dituntut oleh rakyat Kelantan iaitu royalti minyak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata hasrat Nik Abdul Aziz perlulah diterjemahkan oleh kerajaan Malaysia melalui Petronas dengan berlaku jujur dan berani dalam melaksanakan janji yang telah termeterai seperti di dalam Akta 144 Kemajuan Petroleum 1974 iaitu membayar tuntutan royalti minyak kepada Kerajaan Negeri Kelantan.

Beliau juga berharap perasaan simpati dan sanjungan terhadap Mursyidul Am PAS itu bukan satu kepura-puraan oleh pemimpin Barisan Nasional (BN).

No comments:

Post a Comment