ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MEKANIK MAUT REMPUH POKOK

Monday 16 February 2015

MEKANIK MAUT REMPUH POKOK


Alor Gajah: Seorang mekanik maut apabila kereta dipandu terbabas lalu merempuh pokok di Kilometer 209.8, Lebuhraya PLUS, arah utara, pagi tadi.
Dalam kejadian 3.40 pagi, mangsa, Norhazlan Mohd Nor, 32, yang memandu kereta Nissan Cefiro mati di tempat kejadian kerana kecederaan parah di anggota badan.
Manakala rakan wanitanya yang berusia 23 tahun hanya cedera ringan.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Muhammad Ismail Muhammad Yusuf mengesahkan kejadian dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
hmetro

No comments:

Post a Comment