ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KALAU BETUL HORMAT TOK GURU, DARI DULU TAK BERTANDING DI DUN CHEMPAKA - PAS

Monday, 16 February 2015

KALAU BETUL HORMAT TOK GURU, DARI DULU TAK BERTANDING DI DUN CHEMPAKA - PAS

Kalau betul hormat Tok Guru, dari dulu tak bertanding di Chempaka - PAS

KUALA LUMPUR: Jika benar Umno dan Barisan Nasional (BN) menghormati Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat, sudah tentu parti tidak bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka dalam pilihan raya umum sebelum ini, kata Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli.

Dr Hatta berkata, Nik Abdul Aziz bertanding di kerusi DUN tersebut sejak 1967 dan BN sentiasa berusaha untuk mengalahkan bekas Menteri Besar Kelantan itu.

"Kalau betul mereka (BN) menghormati Tok Guru Nik Aziz, pilihan raya sebelum-sebelum ini lagi mereka tak bertanding.

"Tetapi kita lihat, pilihan raya umum yang lepas pun mereka turun dengan jentera yang kuat untuk menawan DUN Chempaka.

"Saya tak mahu kata mereka takut, tetapi saya tidak pasti apa motif bila ada cadangan tidak bertanding," katanya pada satu sidang media hari ini.

Dr Hatta juga menegaskan, BN perlu konsisten dalam membuat keputusan untuk bertanding atau tidak dalam pilihan raya kecil.

"Kalau mereka rasa tidak perlu bertanding di Chempaka, saya rasa mereka juga perlu membuat perkara yang sama di Permatang Pauh.

"Kalau alasan perbelanjaan besar, mana-mana pilihan raya kecil pun berlanjanya besar juga," katanya lagi.

Sebelum ini, Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seti Mustapa Mohamed secara peribadi berpendapat BN tidak perlu bertanding di Pilihan Raya Kecil DUN Chempaka yang bakal diadakan ekoran kematian Nik Abdul Aziz yang merupakan wakil rakyat DUN tersebut.

Hujah Mustapa ialah untuk memberi tumpuan kepada kerja-kerja pemulihan di beberapa kawasan di Kelantan yang musnah akibar banjir besar Disember lalu.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ketika mengulas pandangan Mustapa itu berkata, kenyataan itu menunjukkan BN melihat kepada permasalahan rakyat berbanding soal politik semata-mata.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut menyokong pandangan Mustapa.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali menganggap alasan memberi tumpuan kepada banjir sesuatu yang kelakar.

Katanya, Umno perlu menggunakan alasan banjir besar yang melanda Kelantan baru-baru ini sebagai faktor untuk bertanding di DUN Chempaka.

"Kena pada masanya untuk menyedarkan pengundi, bila datang banjir besar atau mushibah, siapa dan parti mana yang mampu membela dan berkhidmat pada rakyat.

"Bukankah berkhidmat itu perkara utama dalam perjuangan politik. Maka PRK di DUN Cempaka, Umno boleh bukti siapa mampu berkhidmat pada rakyat.

"Jangan bersifat hipokrit. Baik cakap terus terang, Umno Kelantan tidak bertanding kerana takut kalah," katanya.
Astro Awani

1 comment:

  1. Pada perkataan manakah Mustafa Mamat & disokong oleh Khairi Jamaluddeen yang mencadangkan tidak bertanding di ADUN Cempaka itu, kerana menghormati Nik Aziz ???

    Alasan untuk memberi tumpuan lebih kepada membantu : membangunkan semula mangsa balaa banjir dahsyat yang sebahagian besarNya ahli PAS itu... walau pun tidak masok akal & berbunyi kartooon - masih ada kewajaranNya !!!...

    Apa alasan UMNO nak menghormati Nik Aziz - Adakah Nik Aziz semasa hayatNya amat menghormati pemimpin UMNO & ahliNya di DUN Cempaka & Pengkalan Chepa serta Malaysia AmNya ???
    Ini semua kata-kata siapa ?
    1) UMNO Kapir !
    2) UMNO Firaun !!
    3) UMNO Toghout - Iblis !!!
    4) YMNO Murtad !!!!
    5) Islam UMNO tidak masok syurga !!!!!
    6) Solat UMNO tidak diterima Allah !!!!!!...
    KEPALA BUTOH (titik)

    ReplyDelete