ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: LELAKI MENGAMUK KETIKA BERDEPAN PEKERJA WANITA KEDAI PAJAK GADAI ISLAM

Tuesday 17 February 2015

LELAKI MENGAMUK KETIKA BERDEPAN PEKERJA WANITA KEDAI PAJAK GADAI ISLAM


KOTA BHARU - Seorang pekerja wanita sebuah kedai pajak gadai Islam, di Cabang tiga, Pengkalan Chepa di sini terpaksa menjerit meminta tolong dengan membuka tingkap pejabatnya, apabila seorang lelaki dipercayai mengamuk secara tiba-tiba selepas berurusan di kaunter premis berkenaan.

Bagaimanapun episod drama lebih setengah jam yang berlaku kira-kira jam 11.30 pagi itu berakhir, selepas anggota polis tiba setelah dimaklumkan orang awam.

Suspek juga ditahan untuk siasatan lanjut.

Saksi kejadian, Zuwida Ibrahim, 37, berkata dia terdengar bunyi wanita menjerit dari tingkat atas premis berkenaan.

"Orang ramai yang berada berhampiran pasar cuba berkomunikasi dengan wanita terbabit dan menyangka kedai itu dirompak.

"Ada yang cuba menghubungi polis dan hampir setengah jam kemudian polis pun tiba dan menahan lelaki berkenaan,” katanya.

No comments:

Post a Comment