ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: BN TIDAK BERTANDING PRK DUN CHEMPAKA - PM @NajibRazak

Thursday 26 February 2015

BN TIDAK BERTANDING PRK DUN CHEMPAKA - PM @NajibRazak


Kuala Lumpur – Barisan Nasional (BN) tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka bulan depan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Najib berkata, keputusan itu diambil untuk memberi keutamaan kepada urusan bantuan pasca banjir kepada mangsa dan usaha kepada perpaduan ummah.

“Keputusan diambil selepas mendapat penjelasan daripada UMNO Bahagian itu,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di sini, malam tadi.

Mengenai PRK Permatang Pauh, Najib berkata soal kekosongan kerusi atau pilihan raya kecil perlu diadakan belum diputuskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Kita tunggu ikut pada tafsiran Perlembagaan oleh SPR, jika sudah diputuskan, MT akan bermesyuarat untuk tentukan keputusan,” katanya.

No comments:

Post a Comment