ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MENAKJUBKAN !!! TAMAN CANTIK BERTUKAR BERTUKAR TASIK DI MUSIM PANAS

Thursday 19 February 2015

MENAKJUBKAN !!! TAMAN CANTIK BERTUKAR BERTUKAR TASIK DI MUSIM PANAS

Di Styria, Austria berhampiran bandar Tragoss yang terletak di kaki gunung Hochschwab yang bersalji, terdapat sebuah taman yang selalu dikunjungi kerana keindahannya akan bertukar menjadi tasik dan dikenali sebagai "Green Lake". Semasa musim sejuk, keadaan tasik di dalam taman ini hanya 1 hingga 2 menter kedalaman dan ianya digunakan sebagai taman daerah Styria, Austria. Taman ini menjadi kegemaran pejalan kaki kerana keunikkannya yang tersendiri. Namun segalanya berubah apabila suhu meningkat pada musim bunga, ais dan salji pada puncak gunung mula cair dan menyusuri ke dalam tasik. Kedalaman tasik ini akan mula merubah termasuk seluruh kawasan taman. Semasa musim panas, tasik ini akan mencapai kedalaman maksimum 12 meter dan ianya paling cantik pada waktu itu.

Tasik ini mempunyai daya tarikan tersendiri kerana kehijauan dari rumput dan dedaun di bawah tasik. Suhu tasik ini boleh mencecah 4-8°c dan ianya menjadi tarikan di kalangan penyelam yang ingin melihat padang rumput hijau. Keadaan seperti bangku kayu dan laluan jalan kaki boleh dilihat disini.






No comments:

Post a Comment