ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PRK DUN CHEMPAKA : 22 MAC HARI MENGUNDI, 10 MAC PENAMAAN CALON

Wednesday, 18 February 2015

PRK DUN CHEMPAKA : 22 MAC HARI MENGUNDI, 10 MAC PENAMAAN CALON


PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 22 Mac ini sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.06 Chempaka, Kelantan.

Hari penamaan calon pula ditetapkan pada 10 Mac ini sementara pengundian awal akan diadakan pada 18 Mac ini.

Pengumuman ketiga-tiga tarikh itu dimaklumkan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof selepas mempengerusikan mesyuarat khas bagi menetapkan tarikh dan persiapan PRK DUN Chempaka di sini, sebentar tadi.

Kerusi DUN Chempaka kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, 84, pada 12 Februari lalu kerana kanser prostat.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, Nik Aziz mewakili PAS menang kerusi DUN Chempaka dengan meraih majoriti 6,500 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Wan Razman Wan Abd Razak.

Nik Aziz meraih 12,310 undi manakala Wan Razman mendapat 5,810 undi.

Berdasarkan keputusan hari ini juga, tempoh berkempen selama 12 hari diperuntukkan.

Abdul Aziz berkata, kos keseluruhan bagi mengadakan PRK berkenaan adalah RM810,000 sementara 403 petugas akan dilantik.

Katanya, 21, 890 pemilih layak mengundi pada PRK itu dengan 20, 390 pengundi biasa, 1, 497 pengundi awal dan tiga pengundi luar negara.
Bernama

No comments:

Post a Comment