ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: WANITA MAUT DIREMPUH MOTOSIKAL KETIKA HANTAR ANAK KE SEKOLAH !!!

Monday 10 November 2014

WANITA MAUT DIREMPUH MOTOSIKAL KETIKA HANTAR ANAK KE SEKOLAH !!!

Satu kemalangan telah berlaku berhampiran SK Tengku bariah di Kampung Pasir Panjang  Kuala Terengganu pagi tadi. Mangsa seorang wanita yang ketika dalam perjalanan menghantar anak ke sekolah dirempuh oleh seorang pelajar lelaki tingkatan 4 SMK Tengku Bariah yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC. Punca kejadian dikatakan suspek menbawa motor dengan laju sebelum merempuh mangsa. Wanita sempat menolak anaknya ke tepi jalan bagi mengelak anak yang berusia 12 tahun itu dirempuh. Anaknya dilaporkan turut cedera.

Ketika kejadian kira-kira 7.15 pagi itu, mangsa yang berasal dari Kampung Pasir Panjang sedang melintas jalan untuk menghantar Muhammad Izzudin ke SK Pasir Panjang selepas singgah minum di sebuah warung berhampiran.

Bagaimanapun, ketika melintas jalan tiba-tiba mangsa melihat sebuah motosikal ditunggang laju ke arah mereka.

Difahamkan, mangsa yang menyedari kedatangan motosikal itu menolak anaknya ke bahu jalan sebelum dirinya sendiri dirempuh.

Akibat rempuhan itu, mangsa terjatuh dan kepalanya terhentak di atas jalan dan dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian sementara penunggang motosikal, seorang pelajar tingkatan empat hanya cedera ringan.
Suspek yang melanggar wanita hingga mati.


Inilah akibat menunggang motosikal dengan membabi buta yang telah mengakibatkan seorang wanita yang tidak bersalah meninggal dunia. Dalam sekelip mata sahaja budak lelaki kehilangan ibu tercinta. Kasih ibu membawa ke syurga, begitulah tidak terkira pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu.
Al fatihah kepada mangsa semoga ditempatkan dalam kelangan orang beriman. 


No comments:

Post a Comment