ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: {UPDATE TERKINI} PHOTO NGERI : TIGA PELAJAR PARAH, KOTAK TIBA-TIBA MELETUP !!!

Saturday 8 November 2014

{UPDATE TERKINI} PHOTO NGERI : TIGA PELAJAR PARAH, KOTAK TIBA-TIBA MELETUP !!!

Keadaan tangan Mohd Khairul Shahiran yang hancur akibat letupan tersebut.

KUALA TERENGGANU - Tiga pelajar pusat latihan di Gong Badak cedera terkena letupan dalam satu kejadian di Kampung Padang Machang, Manir, di sini, hari ini.

Seorang daripada pelajar tersebut cedera parah pada bahagian tangan kemudiannya dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Pelajar berkenaan Nazrin Che Mohamad, 20, Khairul Shahiran Che Ibrahim, 19 dan Mohd Afiq Mohd Misran, 18.

Menurut sumber, maklumat awal diterima mengatakan kejadian berlaku ketika mereka sedang mengemas rumah nenek seorang daripada pelajar tersebut, iaitu Nazrin untuk disewa.

Ketika mengemas, Mohd Khairul Shahiran mengangkat sebuah kotak yang tiba-tiba meletup sehingga menyebabkan ketiga-tiganya cedera.

Akibat letupan itu, kedua-dua tangan Mohd Khairul Shahiran hancur.
SH

{UPDATE TERKINI}
Tangan Pelajar Hancur

Kuala Terengganu – Tiga remaja parah, seorang daripadanya hancur dua tangan terkena letupan buatan sendiri di Kampung Padang Machang, Manir, di sini, pada 4.30 petang semalam.

Berikutan itu, tiga penuntut jurusan elektrik Institut Latihan Perindustrian (ILP), Gong Badak, dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah, berkata sebelum kejadian, Khairul Shahiran Che Ibrahim, 19, Nazrin Che Mohamad, 20, dan Mohd Afiq Mohd Misran, 18, dikatakan memasukkan beberapa bahan ke dalam sebatang besi paip.

“Mereka dikatakan hendak mencipta roket dengan memasukkan bahan seperti arang, sulfur dan beberapa bahan bakar dan letupan lain bersamanya ke dalam besi berkenaan.

“Bagaimanapun, ketika proses memampatkan bahan berkenaan, secara tiba-tiba roket yang hendak dicipta mereka meletup menyebabkan ketiga-tiga penuntut terbabit mengalami kecederaan,” katanya.

Beliau berkata, polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu.

Wan Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada pondok polis HSNZ sebelum pentadbiran hospital mengesahkan kejadian itu, pada 5.20 petang.

“Maklumat awal diterima oleh pihak hospital kononnya tiga penuntut terbabit mendakwa terkena letupan daripada sebuah kotak yang dialih ketika sedang mengemas rumah nenek seorang daripada mangsa untuk disewa.

“Bagaimanapun siasatan awal polis mendapati letupan berkenaan dipercayai berpunca daripada besi yang padat dengan bahan letupan berkenaan,” katanya.
SuaraTV

No comments:

Post a Comment