ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: TIADA SIJIL LAHIR KEPADA KANAK-KANAK TIDAK BERNEGARA - PM @NajibRazak

Sunday 16 November 2014

TIADA SIJIL LAHIR KEPADA KANAK-KANAK TIDAK BERNEGARA - PM @NajibRazak


KOTA KINABALU – Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan tidak akan mengeluarkan sijil kelahiran kepada bayi dan kanak-kanak tanpa negara di Sabah.
Perdana Menteri berkata, Kabinet bersetuju supaya Kementerian Dalam Negeri (KDN) hanya mengeluarkan dokumen rekod kelahiran dengan warnanya juga berbeza berbanding sijil kelahiran.
“Kanak-kanak tanpa negara ini tidak akan mendapat kerakyatan secara automatik,” katanya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan Parti Bersatu Sabah (PBS) di sini, sebentar tadi.
Turut hadir, Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Musa Aman dan Presiden PBS, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.
Perdana Menteri mengulas kebimbangan disuarakan Pairin dalam ucapan dasarnya yang meminta kerajaan Pusat menjelaskan mengenai langkah KDN memberi sijil lahir kepada kanak-kanak tanpa negara di Sabah.
“Kabinet sudah berbincang dua kali berhubung isu ini dan kita setuju tidak mengeluarkan surat beranak kepada mereka (kanak-kanak tanpa negara),” katanya. - Bernama

PBS harap penyelesaian menyeluruh isu pendatang




KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) berharap laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang asing di Sabah yang akan dibentangkan awal bulan depan, menggariskan secara terperinci penyelesaian menyeluruh isu berkenaan.
Presidennya, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, berkata PBS mahu pelaksanaan strategi lebih berkesan disusuli penguatkuasaan tegas bagi membendung kebanjiran pendatang asing tanpa izin di Sabah.
"Kita mahu menghapuskan persepsi dalam kalangan pendatang asing yang mereka boleh masuk ke Sabah sesuka hati," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Persidangan Perwakilan PBS ke-29 di sini, hari ini.
Persidangan itu dirasmikan oleh Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak.- Bernama

No comments:

Post a Comment