ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: TAHNIAH PAHANG, JUARA PIALA MALAYSIA 2014

Sunday 2 November 2014

TAHNIAH PAHANG, JUARA PIALA MALAYSIA 2014


KUALA LUMPUR: Skuad Tok Gajah, Pahang berjaya muncul juara Piala Malaysia 2014 apabila menewaskan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) pada penentuan sepakan penalti 5-3 di perlawanan akhir yang berlangsung di di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Sabtu malam.

Dalam perlawanan itu, Pahang yang berjersi serba kuning  terlebih dahulu berada di hadapan menerusi jaringan  Dickson Nwakaeme pada minit ke 14 untuk mendahului dengan 1-0.

Bagaimanapun pasukan JDT yang berjersi merah biru berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan Jorge Pereyra pada minit ke 30 untuk mengikat kedudukan satu sama.

Kedudukan tidak lama apabila giliran skuad JDT pula mendahului 2-1 menerusi sepakan penalti pada minit ke 33 yang disempurnakan oleh Luciano Figueroa.

Kedudukan 2-1 memihak JDT pada separuh masa.

Separuh masa kedua bersambung dengan Pahang meningkatkan asakan ke kubu JDT.

Bagaimanapun skuad pimpinan Zainal Abidin Hassan terpaksa beraksi dgn 10 pemain apabila Saiful Nizam Miswan dilayangkan kad merah pada minit ke 66 selepas mengasari Amri Yahyah.

Namun itu tidak mematahkan semangat skuad Tok Gajah apabila Pahang berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 70, sekali lagi hasil jaringan Dickson Nwakaeme sekaligus mengikat kedudukan dua sama.

Kedua-dua pasukan diheret ke masa tambahan selepas tamat masa penuh perlawanan.

Kedudukan masih buntu tanpa sebarang jaringan pada 30 minit waktu tambahan memaksa perlawanan diheret ke penentuan sepakan penalti.

Kegagalan Mat Yo atau Norshahrul Idlan Talaha untuk menjaringkan sepakan penalti membuka ruang buat Pahang muncul juara dengan kemenangan 5-3.

KEPUTUSAN SEPAKAN PENALTI

JDT: 1, 1, 1, 0, X
Pahang: 1, 1, 1, 1, 1


Sepakan penalti
1. RAZMAN ROSLAN (PAH) - MASUK
2. LUCIANO FIGUEROA (JDT) - MASUK
3. DAMION STEWART (PAH) - MASUK
4. PEREYRA DIAZ (JDT) - MASUK
5. SHAHRIZAN SALLEH (PAH) - MASUK
6. HARIZ HARUN (JDT) - MASUK
7. ZESH RAHMAN (PAH) - MASUK
8. NORSHAHRUL IDLAN TALAHA (JDT) - DISELAMATKAN KEEPER
9. HAFIS KAMAL - MASUK

No comments:

Post a Comment