ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: SAMSUNG NOTE4 HANYA RM988 DENGAN PLAN CELCOM FIRST

Monday 17 November 2014

SAMSUNG NOTE4 HANYA RM988 DENGAN PLAN CELCOM FIRST


Kuala Lumpur – Ini sesuatu yang hebat dan perlu sangat untuk anda tahu. Manakan tidak, anda kini boleh membeli telefon pintar paling terkini dan baru di pasaran dengan harga di bawah RM1,000. Memang jimat dan satu tawaran yang kami sendiri sukar percaya dan tidak mahu lepaskan.
Celcom First kini menawarkan Samsung GALAXY Note 4 peranti berskrin besar dengan keupayaan teknologi terkini hanya pada harga RM988 dengan pelan yang amat berpatutan.
Siri telefon pintar GALAXY Note memang dikenali sebagai peranti untuk meningkatkan produktiviti anda ketika bekerja atau pun berhibur dan dengan rangkaian terpantas Celcom di seluruh negara, gabungan kedua duanya ini pastinya memberikan nilai lebih untuk wang anda.
Lihat jadual pelan Celcom First di bawah untuk rujukan dan pilihan anda.


Berbekalkan kuota data 5GB sebulan untuk pakej RM238 sebulan, anda tidak perlu risau lagi akan kehabisan data ketika anda perlu memuat turun fail penting ke GALAXY Note 4 anda atau terlepas menonton trailer filem terbaru kegemaran anda.
Dan, anda boleh kunjungi Celcom Booth di Sunway Pyramid Concourse pada 17-19 Oktober 2014 dan jadilah antara 100 pelanggan terawal untuk membeli Samsung GALAXY Note 4 dengan pelan Celcom First untuk memiliki Samsung Gear Circle secara PERCUMA. Whoaa!
Sebagai pemenang Anugerah Frost & Sullivan untuk rangkaian terbaik di Malaysia, Celcom dijamin mempunyai keupayaan terbaik untuk anda kekal online setiap masa dan jika ada masalah pun, perkhidmatan pelanggan mereka cukup awesome untuk membantu anda.
Untuk maklumat lanjut tentang Celcom First dan Samsung GALAXY Note 4, kunjungi Blue Cube berhampiran anda atau layari laman web rasmi Celcom. Jom!

No comments:

Post a Comment