ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: ‘RAJA BOMOH’ DERA PEMBANTU RUMAH

Saturday, 15 November 2014

‘RAJA BOMOH’ DERA PEMBANTU RUMAH


Kuala Lumpur – Pembantu rumah yang mendakwa dirinya dipukul dan didera ‘Raja Bomoh’, Datuk Ibrahim Mat Zin masih belum membuat sebarang laporan polis sejak pulang ke kampung halamannya di Kota Bondowoso, Jawa Timur, Indonesia pada 4 November lalu.
Jurucakap Kedutaan Indonesia di Malaysia agak terkejut, apabila dimaklumkan The Rakyat Post mengenai penyebaran satu klip video sepanjang seminit 10 saat sejak dua hari lalu, mengenai warganegaranya, Menik Fitriyanti, 41 tahun, yang mendakwa didera majikannya di Malaysia, melalui satu temubual dengan sebuah stesen televisyen negara itu.
Pihak kedutaan berkenaan juga tidak mengetahui terdapat kes terkini penderaan pembantu rumah oleh majikan di Malaysia, sehingga wartawan The Rakyat Post mengunjungi Konsulat Indonesia di ibu negara hari ini, kata jurucakap itu.
Beliau juga menjelaskan, daripada maklumat yang diperolehi, Menik Fitriyanti datang ke negara ini secara tidak sah, kerana tiada rekod imigresen yang dikesan.
“Dia masuk secara tidak sah dan dia juga tidak membuat sebarang laporan polis di kedua-dua negara.
“Pihak Kedutaan Indonesia, tidak boleh bertindak mengikut undang-undang, selagi tiada laporan polis dibuat oleh mangsa, kita sendiri tidak tahu apa yang berlaku,” ujarnya.
Bagaimanapun, jurucakap itu menjelaskan, pihak kedutaan akan memantau perkembangan kes berkenaan dengan Badan Tenaga Kerja dan polis di negara itu, sekiranya dakwaan itu benar-benar berlaku.
The Rakyat Post memetik laporan portal berita rri.co.id, semalam yang menyebut anak perempuan mangsa, Alfa Nurismayanti mendakwa ibunya, Menik sering dipukul majikan, iaitu Ibrahim atau lebih dikenali sebagai ‘Raja Bomoh’.
Akibatnya, Menik mengalami kecederaan teruk di kepala sepanjang 30 sentimeter dan terpaksa menerima jahitan, selain daya ingatannya turut terjejas.
Stesen televisyen Indonesia itu juga melaporkan, pihak berkuasa Indonesia akan memberi perhatian terhadap isu penderaan ini.
Sementara itu, Ibrahim dijangka memberi kenyataan berhubung dakwaan itu kepada The Rakyat Post.

No comments:

Post a Comment