ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PENUBUHAN PASMA : PAS DALAM DILEMA !!!

Friday 7 November 2014

PENUBUHAN PASMA : PAS DALAM DILEMA !!!


Kemelut kemunculan PasMa nampaknya semakin hari dilihat mencabar kepimpinan utama Pas. Mencabar Hadi Awang sebagai Presiden Parti dan juga dianggap dengan sengaja memperlekehkan keputusan Majlis Syura Ulama Pas itu sendiri.

Keputusan antara Presiden parti dan Majlis Syura Ulama sebelum ini dilihat selari iaitu memberi amaran keras kepada ahli agar jangan menyertai PasMa, Ngo yang ditubuhkan oleh ahli Pas sendiri dengan alasan ‘tiada jemaah dalam jemaah atau tiada parti dalam parti”.

Amaran yang dilihat paling keras ini juga disusuli dengan arahan supaya pemimpin akar umbi membuat laporan bertulis kepada Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura sekiranya ada ahli atau pemimpin Pas setempat yang menyertai Pasma dan tindakan lanjut bakal diambil.

Persoalan timbul, apakah larangan dan amaran Presiden parti dan Majlis Syura Ulamak Pas Pusat digeruni?

Jawapannya mudah. Tidak !

Buktinya, kepimpinan utama Pas mengetahui apa yang tersirat dalam penubuhan Ngo yang kononnya Pro Pas ini namun apa yang berlaku secara terang-terangan adalah penglibatan beberapa pemimpin besar Pas seperti Mahfuz Omar, Khalid Samad dan Salahuddin Ayub dalam beberapa program rasmi PasMa termasuk dalam program perasmian PasMa peringkat daerah.

Di peringkat daerah pula, penglibatan veteran Pas dalam PasMa serta ahli yang bermasalah dalam parti sebelumnya mula dilihat menonjol umpama dengan sengaja ingin menunjukkan kepada pimpinan pusat Pas bahawa mereka tidak mengendahkan langsung amaran yang dikeluarkan oleh entiti tertinggi dalam parti.

Menurut pemerhati politik, Pas terpaksa berdepan dengan asakan kumpulan PasMa yang cuba memperlihatkan kepada komponen pembangkang yang lain bahawa PasMa lebih liberal perjuangannya daripada parti Pas walaupun mereka datangnya dari aliran kelompok pemikiran yang sama.

PasMa juga cuba tonjolkan diri bahawa mereka boleh menggantikan tempat Pas kiranya berlaku kemelut antara komponen pembangkang yang membawa kepada Pas keluar dari pakatan pembangkang. Ditambah lagi bila wujudnya gerakan memburukkan Pas yang kononnya dasar Islamik Pas sentiasa menjadi penghalang kepada dasar perjuangan pembangkang dalam isu kesamarataan antara ugama. Komponen lain tidak sepenuhnya selesa dengan pegangan Pas selama ini.

Apakah Pas akan berjaya matikan langkah PasMa yang begitu agresif seolah-olah sedang menyusun strategi lumpuhkan parti Pas atau sebagai usaha untuk menyingkirkan Hadi Awang dan kuncu-kuncunya supaya di penggal yang akan datang, Pas dikuasai sepenuhnya oleh Anwarinas yang memakai “Jubah Pas” melalui PasMa?

Mat Sabu sentiasa tersenyum, tergolek Pas dia ‘menang’, kekalnya Pas dalam gabungan pembangkang, dia juga bertambah kenyang.
Petikan MYKMU

No comments:

Post a Comment