ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MISTERI DI SEBALIK PENCARIAN ALLAHYARHAM ADIK AHMAD RAFIKIN

Saturday 8 November 2014

MISTERI DI SEBALIK PENCARIAN ALLAHYARHAM ADIK AHMAD RAFIKIN

KIsah Mistik Di Sebalik Pencarian Rafikin
Misteri kehilangan Ahmad Rafikin Azman, 16, minggu lalu telah terjawab apabila remaja itu ditemui mati di celah batu, tidak jauh dari trek perlumbaan di Air Terjun Sekayu. 

Allahyarham dilaporkan hilang selepas tidak menamatkan larian marathon Cabaran Antarabangsa Gunung Terom. Hasil bedah siasat mendapati kematian Rafikin berpunca daripada lemas.

Pun begitu, apa yang mendapat perhatian kini adalah kisah mistik yang menyelubungi mereka yang terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat.

Kisah pertama ialah bagaimana ketika kumpulan pencari unit K9 masuk ke hutan berkenaan untuk mencari dan berjaya mengesan manusia. Apabila nama Rafikin dipanggil, ada suara yang menyahut namun apabila dicari, empunya suara gagal ditemui.

KIsah Mistik Di Sebalik Pencarian Rafikin
Ada cerita yang tersebar, kononnya diceritakan oleh anggota penyelamat sendiri, bagaimana seorang ustaz melaungkan azan sebanyak tiga kali sebelum mayat Allahyarham ditemui. Sebaik laungan azan selesai, angin kencang tiba-tiba bertiup, dan ketika inilah dikatakan ustaz berkenaan cuba berkomunikasi dengan makhluk halus yang dikatakan 'menyimpan' Rafikin.

Tidak kurang juga yang bercerita, tempat Allahyarham ditemui itu merupakan 'pintu gerbang' ke alam lain.

Wallahualam. Hanya ALLAH yang mengetahui.
Semoga roh adik Rafikin ditempatkan di kalangan insan-insan istimewa dan soleh. AL FATIHAH....

No comments:

Post a Comment