ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: HADI : BUANG MASA HADIR MESUARAT PR KERANA HANYA IKUT APA ANWAR MAHU SAHAJA

Monday 17 November 2014

HADI : BUANG MASA HADIR MESUARAT PR KERANA HANYA IKUT APA ANWAR MAHU SAHAJA


Facebooker Roslan Abdullah penyokong Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendedahkan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat hanya mengikut kemahuan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim

“Tahukah anda mesyuarat dibuat biasanya tergesa-gesa ikut kemahuan Anwar Ibrahim, sedangkan Tuan Guru Haji Hadi ada jadual asal yang disusun.
“Mesyuarat pula lebih kepada mengesahkan apa yang Anwar mahu sahaja,” dedahnya.
Roslan Abdullah turut menolak dakwaan yang menuduh Hadi tidak hadir mesyuarat PR sejak 20 bulan lalu, kerana pada Januari Presiden PAS masih memberi komitmen beliau dalam mesyuarat tersebut.
Menurutnya lagi, mesyuarat itu tidak layak dipanggil sebagai ‘Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat’ kerana Hadi sahaja yang mewakili Presiden PAS berbanding dengan PKR dan DAP.
“Ini mesyuarat majlis Pakatan bukan mesyuarat presiden-presiden parti.
“Kenapa tak pertikai Wan Azizah Presiden PKR tak hadir pun… Apa kapasiti Anwar hadir? Apa pengesahan Anwar di sudut perlembagaan PKR ? Sedangkan Anwar diangkat kononnya ‘Ketua Umum PKR’ beliau bukan ketua umum PR pun,” katanya lagi.
Berkenaan kes saman calon PKR, Mohd Shamsul Mat Amin terhadap Presiden PAS, Roslan Abdullah mendedahkan Anwar turut bermain wayang dalam isu tersebut.
“Kes saman ini Tuan Guru Haji Hadi tak minta dibatalkan, tapi Anwar Ibrahim beriya iya call Tuan Guru Haji Hadi dalam satu program bersama Pemuda PAS Terengganu, kononnya dia dah arah Shamsul tarik (saman) dan Saifuddin dah bincang dengan Haji Dillah (seorang kontraktor, penyokong PAS Paka dan Dungun)..”dedahnya.
Memetik sumber laporan Sinar Harian, Roslan Abdullah memperli penyokong PKR adakah Ketua Umum PKR seorang yang baik.
Laporan Sinar Harian yang bertarikh pada 28 Februari melaporkan kenyataan Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail yang berkata pihaknya telah pun mencapai satu keputusan yang disifatkan positif dalam mesyuarat parti itu, tetapi enggan mendedahkan perkara tersebut sebaliknya menyerahkan kepada Anwar untuk mengumumkan dalam masa terdekat.
Azan menjelaskan bahawa kata sepakat itu menjamin kebaikan bersama antara Pas dan PKR selain mengambil kira pandangan Mohd Shamsul yang turut hadir dalam mesyuarat itu.
“Setelah perbincangan dibuat dan melihat kepada semua aspek kepentingan kedudukan PR baik di peringkat Pusat dan negeri terutamanya yang melibatkan kerjasama dan ukhuwah antara PKR Terengganu serta PAS Terengganu dan demi mengukuhkan kedudukan PR di peringkat Pusat, kami telah mencapai kata sepakat atas kedudukan isu ini dan kita akan sampaikan kepada Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk diumumkan dalam masa terdekat sekembalinya beliau daripada tugasan di luar negeri, insya-ALLAH,” katanya.
Namun, sehingga ke hari ini, Anwar tidak membuat pengumuman rasmi pendirian parti itu berkaitan isu tersebut dan kes saman itu masih diteruskan di Mahkamah Tinggi, Kuala Terengganu.
Petikan MyMKU

No comments:

Post a Comment