ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: FAHMI BAKAL HILANG TAJAAN, BERKERAS NAFI LANGGAR PERJANJIAN JPA

Thursday, 13 November 2014

FAHMI BAKAL HILANG TAJAAN, BERKERAS NAFI LANGGAR PERJANJIAN JPA



Fahmi_Zainol

Kuala Lumpur – Aktivis Fahmi Zainol bakal hilang tajaan pendidikan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kerana menganjurkan pidato Datuk Seri Anwar Ibrahim di Universiti Malaya baru-baru ini.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Ruziah Shafei dalam surat bertarikh 6 November berkata, tindakan Fahmi melanggar terma perjanjian biasiswa yang ditandatangani pada 2011.
Tempoh tujuh hari diberikan kepada Fahmi untuk mengemukakan tunjuk sebab bertulis kenapa pembatalan itu tidak boleh dibuat dan kenapa tuntutan ganti rugi tidak boleh dibuat.
“Kegagalan saudara mematuhi surat ini menyebabkan penajaan saudara boleh ditamatkan serta merta dan tuntutan terhadap saudara dan penjamin akan dilakukan oleh jabatan ini,” surat Ruziah itu dipetik.
Bagaimanapun Fahmi ketika diminta mengulas, dia menegaskan punyai alasannya sendiri dan tetap tidak akan mengakui tindakannya, malah dia mempunyai cara untuk melawan.
“Saya akan bagi alasan bahawa saya tidak menghina kerajaan. Tetapi saya keluarkan fakta dan sejarah.
“Kerajaan sepatutnya ambil (perhatian) untuk penambahbaikan, bukan berbuat demikian .”
Menurut Fahmi lagi, walau apa pun yang berlaku, perjuangannya melalui aktivisme mahasiswa dianggap berbaloi baginya.
“ Saya rasa berbaloi untuk generasi yang akan datang. Saya ada kuasa waktu ini dan saya perlu bertindak.
“Insya-Allah saya akan disoal di akhirat nanti, waktu ada kuasa kenapa tidak lakukan apa-apa dalam menentang kezaliman,” katanya.

No comments:

Post a Comment