ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: VIDEO : "PECAT MAT SABU, HUSAM DAN HATTA"

Monday 9 February 2015

VIDEO : "PECAT MAT SABU, HUSAM DAN HATTA"


Hatta pengkhianat

Kuala Lumpur – Bahang pertelingkahan dalaman Pas semakin memuncak apabila Dewan Pemuda Pas Kuantan semalam mendesak kumpulan konspirasi dalam parti itu meletakkan jawatan atau dipecat.

Dalam demonstrasi yang diadakan di hadapan ibu pejabat Pas Pusat di Jalan Raja Laut di sini pagi semalm, antara poster yang dinaikkan kelihatan gambar Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu; bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa dan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr. Hatta Ramli dengan tulisan “Pecat Hatta Ramli dan Konco-Konconya!”.


Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuantan, Fadhli Ramli dalam kenyataannya berkata, Pas kini dikuasai komplot jahat merancang strategi menjatuhkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan kepimpinan ulama.

Katanya, komplot itu yang didakwa didalangi anasir-anasir jahat dalam Pakatan Pembangkang kini sedang rancak menaman kebencian terhadap Abdul Hadi dan kepimpinan ulama.

Fadhli berkata, kumpulan tersebut turut menubuhkan pertubuhan bukan kerajaan, Pasma bagi menyusun strategi memecah kesatuan dalam kalangan ahli Pas.

Malahan, tambah beliau, kumpulan berkenaan juga dikatakan mensabotaj setiap keputusan yang dibuat oleh Abdul Hadi dan Majlis Syura Ulamak.

“Kebimbangan ini berdasarkan bukti yang diperolehi yang menyatakan komplot ini menguasai lebih separuh Ahli Jawatankuasa Pas Pusat sehingga berjaya mensabotaj keputusan parti dan menjadikan presiden seperti boneka.

“Kami mendesak mereka yang terlibat dengan komplot ini meletakkan jawatan. Kami dengan penuh tanggungjawab menamakan Dr. Hatta Ramli sebagai pemimpin kanan yang terlibat dalam komplot jahat ini,” kata Fadhli.

Perhimpunan itu diadakan sejurus sebelum kepimpinan Pas Pusat mengadakan mesyuarat mereka pagi ini. Abdul Hadi dilihat hadir kira-kira pada pukul 9.15 pagi.

Kepimpinan pakatan pembangkang turut dijadual mengadakan mesyuarat di ibu pejabat Pas di sini pada sebelah petang nanti.

No comments:

Post a Comment