ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: HATTA ,MAT SABU & HUSAM ENGGAN ULAS ISU JATUHKAN HADI

Monday 9 February 2015

HATTA ,MAT SABU & HUSAM ENGGAN ULAS ISU JATUHKAN HADI


KUALA LUMPUR – Dua pemimpin tertinggi Pas yang dikaitkan sebagai dalang bagi menjatuhkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengelak daripada menjawab mengenai dakwaan tersebut.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang ditemui selepas Mesyuarat Pimpinan PR semalam hanya menjawab tiada komen ketika diajukan soalan mengenai konspirasi itu.

Manakala, Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa pula turut mengelak daripada ditemubual media.


Sementara itu, Naib Presiden Pas, Salahudin Ayub berkata, mesyuarat Pas Pusat yang turut berlangsung semalam tidak membincangkan mengenai dakwaan komplot tersebut.

“Kita tidak pernah bincang secara rasmi mengenainya. Tidak ada siapa dalam kalangan pimpinan tertinggi nak jatuhkan Presiden,” katanya.
SH

No comments:

Post a Comment