ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: [UPDATE TERKINI] ORANG RAMAI CEMAS BUNYI TEMBAKAN BERHAMPIRAN RESTORAN HAYAKI KOTA BHARU

Monday 9 February 2015

[UPDATE TERKINI] ORANG RAMAI CEMAS BUNYI TEMBAKAN BERHAMPIRAN RESTORAN HAYAKI KOTA BHARU


KOTA BHARU – Orang ramai cemas selepas dikejutkan dengan bunyi tembakan berhampiran Restoren Hayaki di Jalan Kebun Sultan di sini, pagi tadi.

Dipercayai dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu suspek yang menaiki kereta jenis Perodua Alza melepaskan tembakan ke arah kereta pemilik restoran berkenaan.

Walau bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

Saksi kejadian yang juga merupakan pekerja kedai terbabit, Mohd Nazrul Shamri Mohd Rafiq berkata, semasa sedang memasak di dapur, dia melihat ada sekumpulan lelaki berkumpul di belakang kedai.

“Salah seorang dari kumpulan itu angkat pistol dan disebabkan itu ada yang lari bertempiaran.

“Saya dengar bunyi tiga das tembakan dilepaskan dan  kesemua yang berkumpul masing-masing menaiki kereta dan meninggalkan lokasi kejadian,”katanya.
SinarHarian

[UPDATE TERKINI]
Berebut gadis ‘pose’ manja punca lepas tembakan

KOTA BHARU - 'Pose' manja seorang gadis 23 tahun di laman sosial Facebook menjadi rebutan hingga menyebabkan berlaku insiden tembakan di hadapan sebuah restoran di Jalan Kebun Sultan, di sini, awal pagi tadi.

Gadis berasal dari Kota Bharu itu pada mulanya muat naik gambar-gambar manja di laman sosial berkenaan hingga menjadi kegilaan dua kumpulan terdiri daripada lima dan tujuh orang yang mahu memilikinya.


Ketua Polis negeri, Datuk Mazlan Lazim berkata, dua kumpulan itu kemudian mengadakan perbincangan di restoran tersebut sebelum gadis terbabit mengambil keputusan memilih untuk mengikut kumpulan yang terdiri daripada tujuh orang berkenaan.

"Berang dengan keadaan itu, seorang daripada anggota kumpulan lima orang terbabit melepaskan dua atau lebih das tembakan ke kereta jenis Alza yang dinaiki kumpulan tujuh orang," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen, sebentar tadi.

Bagaimanapun tidak sampai lima jam selepas kejadian, kesemua mereka ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971. "Sepucuk pistol jenis Steyr Malnnlicher (made in Australia) berisi tiga peluru hidup dan dua kelongsong dirampas.

"Kesemua suspek berusia 20 hingga 27 tahun dan gadis terbabit akan direman di mahkamah pagi esok," katanya.

SinarHarian

No comments:

Post a Comment