ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MINYAK SUDAH TURUN MURAH, BILA HARGA BARANG MAU TURUN? KPDNKK SILA JAWAB

Sunday 1 February 2015

MINYAK SUDAH TURUN MURAH, BILA HARGA BARANG MAU TURUN? KPDNKK SILA JAWAB



Rakyat kini semakin tertanya-tanya dengan sikap peniaga-peniaga yang masih enggan menurunkan harga barang runcit walaupun harga petrol kini sudah diturunkan oleh kerajaan.

Bagi bulan Februari, kerajaan mengumumkan harga bagi seliter Ron95 ialah RM1.70 manakala Ron97 pula ialah RM2.00. Harga Diesel pula ditetapkan pada RM1.70 seliter.

Sebelum ini pemborong dan peniaga barangan keperluan di Malaysia sering menggunakan kenaikan harga petrol untuk menaikkan harga barangan keperluan. Kini setelah harga petrol turun, mereka nampaknya gagal untuk menurunkan harga barangan.

Nampaknya peniaga-peniaga serta pemborong sedang mengambil kesempatan serta mengaut untung lebih dari rakyat apabila harga petrol murah.

Dimana silapnya...??? KPDNKK? Pihak berkuasa? Korang tidur ke...? nanti kerajaan akan disalahkan lagi sebab korang ni tak boleh nak kacau peniaga-peniaga yang mendapat laba yang besar dikala ini.

Kita tahu peniaga kat Malaysia ni kebanyakannya penganut DAP. Mereka yang control pasaran semua. Tolong jangan bagi alasan kononnya kita tak boleh buat apa sebab itu bukan bidang kuasa kita dan kita tak boleh kawal harga barangan.



No comments:

Post a Comment