ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: VIDEO RAKAMAN MAKHLUK ANEH DI SIBU MENJADI VIRAL DI LAMAN SOSIAL

Sunday 1 February 2015

VIDEO RAKAMAN MAKHLUK ANEH DI SIBU MENJADI VIRAL DI LAMAN SOSIAL


Seekor makhluk aneh dirakam oleh seorang pekerja ladang kelapa sawit di Sibu, Sarawak pada Jumaat.

Video itu menjadi trending dan menimbulkan tanda tanya apakah spesis haiwan yang ditemui itu?

Dilaporkan Borneo Post Online, binatang terbabit ditemui di sebuah ladang berhampiran jalan Bintangor-Sibu.

Menurut laporan itu lagi, makhluk terbabit cuba menyerang pekerja ladang terbabit, namun mereka memukulnya sehingga pengsan.

Rakaman yang dikongsi saluran The Borneo Post Seeds menunjukkan makhluk itu dihalau semula ke dalam hutan selepas ia kembali sedar.

Pekerja ladang itu juga tidak melaporkan kejadian terbabit kepada pihak berkuasa.

No comments:

Post a Comment