ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: VIDEO : PENJAGA CYBERCAFE NYARIS MAUT DIKELAR PEROMPAK

Saturday 7 February 2015

VIDEO : PENJAGA CYBERCAFE NYARIS MAUT DIKELAR PEROMPAK


Seorang lelaki yang bertugas sebagai penjaga cybercafe di Lembah Impiana, Kulim nyaris maut dalam satu pergelutan dengan perompak yang bersenjatakan parang panjang.

Dalam kejadian pada Selasa lalu, lelaki berketurunan india itu mengugut mangsa dengan parang sebelum memintanya menyerahkan wang.

Menurut mangsa sebaik menyerahkan wang berjumlah RM40.00 dan telefon bimbitnya, suspek yang berumur lingkungan 30 tahun itu terus memasuki kaunter kerana tidak berpuas hati dengan jumlah yang diberikan.

“Suspek seperti tidak berpuas hati dan menarik saya keluar dari kaunter.

“Saya cuba mempertahankan diri dan berlaku pergelutan” ujarnya di laman media sosial Facebook.

Di dalam pergelutan itu mangsa mengalami kecederaan yang serius di bahagian tangan kiri dan ibu jari tangannya hampir terputus.

“Suspek juga cuba untuk kelar leher saya semasa kejadian.

No comments:

Post a Comment