ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: POLIS KELANTAN EDAR FOTOFIT SUSPEK KES SAMUN

Wednesday 4 February 2015

POLIS KELANTAN EDAR FOTOFIT SUSPEK KES SAMUN


KOTA BHARU: Polis hari ini mengedarkan fotofit seorang lelaki yang disyaki terbabit kes samun ke atas seorang wanita di hadapan Istana Negeri Kubang Kerian di sini tiga tahun lepas.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim, berkata suspek berkenaan adalah Mohd Khairul Anuar Iskandar, 26, yang berasal dari Kota Baharu.

"Suspek yang berkulit sawo matang ini disyaki melakukan samun ke atas seorang wanita dan boleh didakwa di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan serta Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, hari ini.

Mazlan berkata, suspek juga dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran dadah dan usaha mengesannya sedang dijalankan.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta menghubungi balai polis berdekatan.- BERNAMA

No comments:

Post a Comment